Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 10 October 2014

TIADA SIAPA YANG PEDULI...? Kasihan Ibu Muda Ini...

TIADA SIAPA PEDULI..!!!
#KisahBenar #1M3DIA

KUALA LUMPUR: “Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

Wan Noor Shila berkata, ketika itu dia bersama bayi perempuan berusia setahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Nilai dengan menaiki ERL dari Kuala Lumpur (KL) Sentral ke stesen Salak Tinggi jam 6.30 petang.

“Pada masa itu tren dipenuhi ramai orang apatah lagi ketika itu waktu pulang kerja dan saya berdiri sambil mendukung anak.

“Berikutan tidak larat mendukung anak, saya letakkannya dan dia yang baru belajar berjalan, bermain di sekitar tempat saya berdiri.

“Setibanya di stesen Bandar Tasek Selatan, anak meragam dan mula menangis mahu menyusu, mahu atau tidak saya duduk di lantai sambil menyusukan anak,” katanya sedih.

Katanya, lebih menyedihkan, kebanyakan yang duduk di kerusi adalah orang muda dan mereka sedikitpun tidak simpati dengan keadaan dan kesusahannya yang mempunyai anak kecil.

Untuk berita lanjut, dapatkan akhbar Harian Metro esok... - sumber

JOMO: Wahai Rakyat Malaysia yang menggunakan ERL, prihatinlah sedikit jika ada kes sebegini...

Foto: Shila terpaksa riba anak di lantai ERL.


5 comments:

  1. Simple je niii... mungkin dulu tidak pernah kisahkan orang lain.... sekarang rasa pula..

    Tidak ingin mengata. Hakikat nya anak2 melayu sekarang tidak lagi punya budi dan sifat keperihatinan kerana didikan keluarga tidak ada tradisi nya lagi. Kita tidak jumud jika menyanjung tradisi, budaya, tamaddun selari Islam.

    Maaf jika tidak seperti nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah Maee..ke situ pulak kamu ni.
      Lebih baik kamu simpan sahaja komen kamu itu untuk renungan diri sendiri.

      Delete
  2. betul tu...setiap apa yg brlaku kt diri adalah balasan terhadap perbuatan diri sendiri...
    jangan cepat sangat nak menyalahkan orang2 sekeliling, sebaliknya cuba renungkn semula apa yg telah diri lakukan...
    memanglah klu nk di ikutkn kpd situasi ini, sepatutnya yg duduk sedap2 atas kerusi ER bertambang MAHAL tuboleh dikategorikan sebagai "tiada hati perut" tp bkn semua...ni dh masuk paper bagai, nak mengadu kt sapa? kenapa x mengadu kepada ALLAH S.W.T ketika solat?

    ReplyDelete
  3. salam,

    yer, mungkin apa yang berlaku akibat daripada kejadian yang lalu. tetapi orang yang melihat dan berada di masa itu kenapa ingin bersikap yang sama? teringat juga semasa berada di korea, sewaktu naik lrt sambil mendukung anak, orang tua yang memberi ruang untuk duduk. tak ramai orang muda yang sudi memberi ruang. mungkin sudah hilang perasaan simpati dan belas atau dah ramai orang muda yang sakit dan tiada tenaga untuk berdiri. mungkin ramai yang mementingkan diri sendiri. hanya kita sendiri yang mampu mengubahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      aku sokong apa yg kamu pertikaikn tu...kan ada tulis tu ada org tua nk bg dia duduk tp dia takmau sebab org tua...
      ginilah, sepanjang 3tahun isteri aku berulang-alik putrajaya - kl guna ERL ni, memang macam ni lah perangai pengguna ERL ni...semuanya bangga sangat sebab naik ERL...tapi bukan semuanya perangai macamni...isteri aku sendiri masa mengandung, pernah hampir setiap hari dlm sebulan berdiri je dr putrajaya sampai kl sentral...bayangkan la mentaliti orang2 kita ni...mentang2lah tambang mahal, xkan xnak duduk kot kan? yg kompeni ERL ni plak, tambang tu dh la mahal satu hal, cubalah tambah bilangan coach tu ke bg panjang sikit ke ATAU khaskan satu coach untuk perempuan sahaja...
      lagi satu ni aku tgk depan mata, beromen bagai org xnampak apa yg dia buat...tu dh citer lain plak dh...jangan nanti bila tiba pembalasan ALLAH baru nak menyesal...

      Delete