Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 10 October 2014

Tiada Persatuan Melayu Kristian Diluluskan ROS... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi @JakimOfficial



Melayu itu Islam... itu jelas dalam Perlembagaan negara, walaupun perubahan zaman berlaku, tapi semangat Perlembagaan wajar dipertahankan.
Berkaitan dengan isu ini... Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menafikan dakwaan agensi itu sudah meluluskan pendaftaran Persatuan Melayu Murtad, Majlis Forum Antarabangsa (IFC) serta Persatuan Melayu Kristian.

Ketua Pengarahnya, Mohammad Razin Abdullah berkata, berita mengenai dakwaan kononnya ROS sudah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu sudah dikesan sejak 2007.

"ROS dengan ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan terbabit telah diluluskan oleh ROS.

"Sekali lagi ditegaskan bahawa ROS tidak pernah meluluskan pendaftaran ketiga-tiga pertubuhan itu," katanya dalam satu kenyataan.

Berita kononnya kelulusan pendaftaran oleh ROS kepada tiga pertubuhan itu telah diberikan mula tersebar meluas di media sosial sejak dua, tiga tahun lalu.

Sehubungan itu, Mohammad Razin meminta masyarakat tidak terpengaruh atau terpedaya dengan penyebaran berita palsu terbabit.- sumber

JOMO: Sebarkan! Jangan terpedaya dengan whatapps yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab...

No comments:

Post a Comment