Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 12 October 2014

Terkini! Paderi 87 Tahun Di Indonesia Peluk Islam...

JAKARTA 11 Okt. - Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.

Laman web World News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar), 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.

Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.

"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.

Berita tentang keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk mendekati Islam.

"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.

Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi merealisasikan cita-cita tersebut.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141012/lu_03/Paderi-terjaga-dari-koma-peluk-agama-Islam#ixzz3FtNt3Wst
© Utusan Melayu (M) Bhd

5 comments:

  1. subhanallah...kebenaran bertindak secara di luar kotak pemikiran manusia.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin ada amalan kebaikan yg jujur dilakukannya, sehingga Allah swt memilih utk memberinya hidayah petunjuk utk mentauhidkanNya sebelum ajalnya. Dan lg tiada ketaksuban, sombong dan angkuh pd dirinya yg merupakan dinding dr sampainya hidayah.
    Kisah dlm kitab, majusi penyembah api, bergelumang dgn segala mungkar maksiat termasuk mengahwini anaknya sendiri, diberi hidayah di akhir hayatnya, disbbkan sedekah ikhlasnya kpd seorg wanita miskin dgn anak anaknya.

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya Allah akan memberi hidayah kepada mkhlukNya yang di pilih.Jangan ragu lagi. Jauhkan dari rasa cemburu dan iri hati. Doakan keislamannya itu kekal hingga ke akhir hayat dan dapat di ikuti oleh orang lain.

    By: Cikgu"S"

    ReplyDelete
  4. Hidayah lah sgt. Tu lah utusan main petik jer. Kan berita tu palsu. Buat malu jer...

    ReplyDelete
  5. Yang aku aku pelik ada org Sabah kk kenal dengan paderi tu konon.. Lawrance jack nosob. Dasar kafir saja jer buat berita palsu jd sensasi.. Saja nak pancing org islam pecaya berita karut nie.

    ReplyDelete