Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 14 October 2014

Sanggupkah Kita Terima Pemimpin Kaki ARAK @PENDUSTA...? @MahfuzOmar @nikabduh @Tantawi100



Takrif

Menurut aspek bahasa, arak ialah sesuatu yang memabukkan. Dalan bahasa Arab pula ia dinamakan sebagai al-khamr iaitu sesuatu yang menutup akal .Hal ini kerana setiap peminum arak itu tertutup kewarasan akalnya iaitu tidak mampu berfikir dengan sempurna.[1]

Dari aspek istilah pula , arak ialah setiap minuman yang memabukkan hasil daripada perahan buah-buahan. Namun menurut Hanafi hanya perahan buah anggur dan tamar sahaja yang dikira sebagai arak. Menurut takrifan semasa pula, arak ialah suatu minuman yang mengandungi alkohol (etanol) yang memabukkan yang dihasilkan oleh sel-sel yis yang bertindak ke atas karbohidrat yang terdapat dalam buah-buahan dan biji-bijian.


Dalil Pengharaman Arak

Pengharaman arak sabit melalui dalil-dalil al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma’. Dalil al-Quran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90-91 iaitu :-

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak,judi,pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Dalil Sunnah pula ialah sabda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah :-

كل مسكر خمر و كل خمر حرم

Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.[2]

Jumhur ulama’ juga telah bersepakat (ijma’) tentang sabitnya pengharaman arak ini .


Konsep Meminum Arak

Berdasarkan takrif di atas tadi, para ulama’ telah memberikan takrifan yang berbeza tentang konsep arak . Oleh itu, hal ini secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap konsep perbuatan meminum arak itu sendiri . Menurut Malik, Syafie dan Ahmad, ungkapan minum arak mencakupi perbuatan meminum apa sahaja  bahan yang memabukkan samada bahan itu diberi nama ‘arak’ atau selainnya.[3]Pandangan mereka berdasarkan hadis :-

كل مسكر خمر و كل خمر حرم

Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap arak itu adalah haram.

Selain itu dalam hadis lain juga ada menyebut :-

ما أسكر كثيره فقليله حرم

Setiap yang memabukkan itu jika banyaknya (memabukkan) maka sedikitnya juga haram .


Menurut Abu Hanifah pula, minum arak mencakupi meminum arak secara mutlak samada banyak atau sedikit. Arak menurut takrifan Abu Hanifah hanyalah dalam 3 keadaan sahaja iaitu:-

Perahan anggur yang dipanaskan sehingga mengeluarkan buih.
Perahan tamar yang dipanaskan sehingga mengeluarkan buih.
Perahan anggur yang dipanaskan sehingga mendidih dan hanya tinggal lebih kurang 1/3 sahaja daripada kuantiti asal.
Oleh itu, menurut beliau selain daripada 3 keadaan ini tidak dinamakan sebagai arak.


Kesan Hukum

Hasil daripada pentakrifan tersebut, menurut jumhur, mereka yang meminum semua jenis minuman yang memabukkan diwajibkan had bagi peminumnya samada diminum banyak atau sedikit. Berdasarkan hadis :-


ما أسكر كثيره فقليله حرم

Setiap yang memabukkan itu jika banyaknya (memabukkan) maka sedikitnya juga haram .

Menurut Hanafi pula, semua bahan minuman selain daripada arak tidak dikira sebagai arak dan ia halal diminum kecuali benar-benar menjadikan peminum itu mabuk dalam kuantiti yang banyak. Berdasarkan hadis:-

الخمر من هاتين الشجرتين الكرمة و النخلة

Arak adalah daripada 2 pokok ini iaitu anggur dan tamar

Oleh itu, menurut beliau terdapat 2 jenis hudud iaitu atas kesalahan meminum arak samada mabuk atau tidak dan kesalahan kedua bagi kesalahan mabuk kerana meminum apa sahaja minuman yang memabukkan selain arak dimana jika diminum dalam kuantiti yang kecil tidak dikenakan arak.[4]


Syarat-Syarat Had

#Berakal-Orang gila tidak disabitkan dengan kesalahan ini
#Baligh- Kanak-kanak tidak disabitkan
#Muslim-Berlaku khilaf dikalangan ulama’ tentang perkara ini. Jumhur berpendapat Ahli      Kitab dan kafir zimmi juga turut dihukum kerana mereka mempunyai hak dan kewajipan    yang sama seperti orang Islam. Namun menurut Hanafi pula mereka tidak disabitkan kerana walaupun arak diharamkan menurut ajaran mereka namun mereka telah mengingkari ajaran agama mereka dan perbuatan mereka itu dibiarkan sahaja.[5]
#Pilihan sendiri- Bukannya dipaksa untuk meminumnya
#Bukan dalam situasi dharurat yang mengharuskannya meminum arak tersebut.
#Tahu pengharaman arak. Namun ulama’ menolak faktor kejahilan bagi mereka yang berada di negara Islam kecuali Imam Malik yang mengharuskannya.
#Arak itu haram menurut pandangan mazhabnya.


Kadar Had Minum Arak

Menurut jumhur sebanyak 80 kali sebatan. Berdasarkan kata-kata Saidina Ali:-

اذا شرب سكر,واذا سكر هذى,واذا هذى افترى,و حد المفتري ثمانون

Apabila dia minum, dia akan mabuk dan apabila dia mabuk dia akan merapu, apabila dia merapu maka dia akan berdusta maka sebatlah pendusta itu sebanyak 80 kali sebatan.[6]

Menurut Syafiiyah pula sebanyak 40 kali sebatan. Hal ini kerana Nabi tidak menentukannya secara tetap pada awalnya. Baginda menyebat peminum arak secara tidak tetap. Maka mereka menetapkannya sebanyak 40 kali sebatan[7]. Seperti hadis riwayat Abu Hurairah:-فقدروه بأربعين   Anas juga meriwayatkan bahawa:-

كان النبي (ص) يضرب في الخمر بالجريد والنعال و جلد أبو بكر أربعين

Bahawasanya Rasulullah memukul peminum arak dengan pelepah tamar dan kasut dan Abu Bakar pula menyebat sebanyak 40 kali sebatan.[8]

Saidina Ali juga berkata bahawa “ Nabi Muhammad telah mendera sebanyak 40 kali, Abu Bakar juga 40 kali dan Umar pula 80 kali, kesemuanya adalah sunnah dan ini (40) lebih saya sukai ”.[9]


Pensabitan Minum Arak

Pengakuan-Iaitu peminum arak itu sendiri yang membuat pengakuan bahawa dia telah meminum arak.

Penyaksian- 2 lelaki muslim yang adil. Menurut Abu Yusuf dan Zufar,disyaratkan juga penyaksian dan pengakuan itu dilakukan sebanyak 2 kali dalam 2 majlis yang berasingan. Berkaitan pengakuan dan penyaksian yang dilakukan selepas hilang bau arak, ulama’ telah berselisih pendapat. Menurut Abu Hanifah dan Abu Yusuf, tidak diterima penyaksian dan pengakuan peminum selepas hilang bau arak. Namun menurut Muhammad b. Hasan pula, diterima penyaksian selepas hilang bau jika tidak melebihi tempoh sebulan. [10]

Ulama’ juga telah berselisih pendapat samada bau arak itu boleh dijadikan sebagai bukti untuk mensabitkan bahawa seseorang itu telah meminum arak. Menurut mazhab Maliki, wajib dikenakan had selepas 2 orang saksi tersebut  tercium bau arak. Hal ini erdasarkan perbuatan Ibnu Mas’ud yang telah menyebat lelaki yang ada bau arak di mulutnya.

Menurut pandangan jumhur pula,tidak dikenakan had ke atas orang tersebut kerana bau arak pada mulut berbentuk syubhah kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang menyebabkan bau tersebut. Maka, hukuman hudud digugurkan kerana syubhah. [11]


Kesimpulan

Berdasarkan huraian di atas, maka jelaslah kepada kita beberapa kekeliruan dan persoalan berkaitan arak menurut Islam. Maka, wajarlah kita sebagai orang Islam untuk bukan sahaja menghindari perbuatan tersebut bahkan perlu menjauhi segala aspek yang berhubung secara langsung mahupun tidak langsung dengan arak sebagai sabit melalui hadis Nabi mengenai laknat yang dikenakan terhadap 10 golongan yang terlibat dengan arak.

Oleh,

Khairul Azhar bin Meerangani
Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya

JOMO: Kasihan PAS!!! Apa tunggu lagi...???

3 comments:

  1. PAS atau PASMA sanggup terima Pemimpin Kaki Arak.
    Satu geng kot
    PAS = Parti Arak SeMalaysia
    PASMA = Parti Ajaran Sesat Minum Arak

    ReplyDelete
  2. Kaki jubo pon depa terima.... ni kan pula arak...

    Alahaii.....

    ReplyDelete
  3. Bukan main dlu dgn UMNO PAS nak tutup kilang arak konon.
    Tapi Hassan Ali dipecat kerana rampas arak di premis kawasan org Islam. Belum lagi tutup kilang arak.
    Penipu besar PAS munafik ni.
    Skrg Arak dan PAS sama shj.. Pemimpin PAS boleh slamber terima arak itu biasa, tak salah. Hadir ke majlis menghidangkan arak. Semakin gila puak2 PAS ini jauh dr Agama.

    ReplyDelete