Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 27 October 2014

Puiiii Siap Nganga Mulut!!! Aku Tanya Kenapa Tidur...???

Pejuang Rakyat yang bersuara untuk rakyat... Buat apa tu??? Makan erk??? Kasihan Si Lim.... Mulut tut tutup sikit bang, nanti masuk lalat...




Sekadar berkongsi:

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihanraya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.
Kelayakan menjadi ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:-

Warganegara Malaysia.
Berumur tidak kurang dari 21 tahun.
Sempurna akal.
Bukan seorang muflis.
Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

No comments:

Post a Comment