Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 6 October 2014

Lagi Hilang! Bot tempur TLDM terputus hubungan di perairan Sabah cc @NajibRazak

ISNIN, 6 OKTOBER 2014 - 12:05AM

KOTA KINABALU: Sebuah bot tempur jenis CB90 milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang di perairan ini, tengah hari semalam.

Bot tempur dengan nombor pendaftaran CB204 itu dilaporkan hilang antara jam 10.35 pagi hingga 3 petang di perairan Pulau Mengalum, 57 batu nautika dari Labuan.

Difahamkan, ketika kejadian bot berkenaan membawa tujuh krew bagi mengiringi sebuah kapal milik TLDM untuk tugasan rondaan.

Bot terbabit berlepas dari Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar kira-kira jam 5 pagi ke gugusan Semarang Peninjau, namun meminta kebenaran untuk berpatah balik akibat cuaca buruk beberapa jam kemudian.

Sumber memberitahu BH, maklumat berhubung kejadian itu diterima pada jam 3.30 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan termasuk dengan bantuan beberapa agensi keselamatan lain.

"Pada masa sama, kapal TLDM yang bersama-sama bot tempur terbabit cuba menghubungi CB204 selain menjalankan pencarian di sekitar Pulau Mangalum dan Pulau Gaya, namun tidak berhasil," katanya ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Difahamkan, aset udara serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut dikerah dalam operasi SAR terbabit.

Sehingga lewat malam tadi, status bot berkenaan serta krew masih belum diketahui.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, menerusi twitter mengesahkan kejadian itu.

Jomo: Kita doakan yang terbaik untuk kali ini... Kementerian pertahanan kena bertindak segera...

1 comment:

  1. Cuaca buruk ke atau diserang terrorist suluk ?

    ReplyDelete