Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 17 October 2014

Kit Siang dan Roket.kini Yang Patut Disiasat, BUKAN DS @Zahid_Hamidi



Bila mereka sudah senang, gembira, suka, berkuasa mereka mula mahu mencabar apa yang nenek moyang kita dahului persetujui... Persetujuan Murni bagi melihat Negara Malaysia merdeka dan hidup aman dan damai telah berlaku sekian lama... namun ada yang mahu mencabarnya...

Atas semangat ini, DS Zahid Hamidi tampil untuk bercakap bagi mempertahankan kontrak sosial yang telah dipersetujui selama ini... Keberanian DS Zahid adalah untuk memastikan bahawa kita sentiasa sedar akan hakikat ini... Jangan pernah berkompromi isu Kontrak Sosial... Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya menyanjung persetujuan murni ini bagi memastikan Malaysia terus merdeka secara aman dan damai... 

Apa salah bagi seorang Pemimpin negara mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia? Ada pula pemimpin yang cuba spin isu DS Zahid patut dikenakan Akta Hasutan... Hasutan apa??? Orang bodoh sahaja yang berfikiran sempit seperti itu... Sepatutnya mereka yang mencabar atau mereka yang tidak bersetuju inilah yang perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan... 

Tiada perkara baharu yang dipertahankan oleh DS Zahid, ianya perkara lama... Apa yang dilakukan olehnya hanya untuk terus mempertahankan perkara ini dan mengingatkan semula Orang-Orang Melayu/Bumiputera bahawa hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia ini mesti dipertahankan...

image


Apakah Perkara Penting Perlu Difahami Dalam Kontrak Sosial?
Rakyat Malaysia perlu memahami kontak sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu - perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara. Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat. Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep negeri dan persekutuan. 
Apakah Hubung Kait Kontrak Sosial Dengan Negara dan Bangsa Malaysia?
Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan negara Malaysia.Malaysia adalah Negara berbilang kaum yang wujud daripada konsep Malay polity atau sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli.Inilah antara sifat negara dan bangsa Malaysia yang harus difahami - berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.-sumber

JOMO: Hanya orang yang ada agenda buruk sahaja yang tidak mengakui hakikat ini... Aku cadang Tindakan patut dikenakan kepada mereka-mereka ini... Jangan biarkan mereka terus celupar dan spin isu yang mengelirukan rakyat...

baca juga di sini

1 comment:

  1. puak pembangkang dan penyokong2 mereka sepatutnya sudah buka mata, buka minda dan mula berfikir kenapa mereka tidak dapat menguasai putrajaya. mereka terlalu gilakan kuasa hinggakan sentiasa mendokong agenda2 jahat dan melakukan kerosakan. apa yang ada dan termaktub dalam perlembagaan mereka cuba seboleh mungkin hakis dan tarah sampai habis. hak2 orang melayu dan bumiputera mereka sanggup gadaikan. Islam juga tidak terkecuali asalkan mereka dapat pengaruh dan sokongan. mereka memilih raja2 untuk diserang kerana raja adalah benteng terakhir kaum melayu. tanpa raja, melayu akan hilang jati diri dan akan mengikut membuta tuli. agama Islam dijadikan dagangan dan galang ganti kepada kuasa yang sangat2 mereka inginkan. itulah sebab kenapa Allah tidak izinkan pembangkang menguasai negara walaupun memperolehi undi popular. mereka sentiasa ada agenda jahat, lebih jahat dari kejahatan umno yang kononnya paling korup di dunia...

    ReplyDelete