Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 17 October 2014

@cmlimguaneng Tak faham BM...? PPS Haram, Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Isu Keselamatan... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Aku tak tahu jenis kepala Lim Guang Eng ni... Telah diputuskan bahawa bidang kuasa keselamatan adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan... Ianya adalah dibawah peranan pihak Polis...

Tapi mamat cina ni tetap berkeras tak dapat terima kenyataan... Buat apa nak pertikai, KAU ada masalah KAU tetap report kepada Polis... Tak perlu PPS kerana bagi membantu perkara ini, RELA telah ditubuhkan dan KAU gunakanlah RELA jalankan tugas-tugas selain daripada tugas POLIS dan memberikan bantuan...

KAU Lim Guan Eng kena ingat, Pulau Pinang adalah satu negeri dalam Malaysia, jangan cuba mau buat susah... Buat itu dan ini, macam Pulau Pinang ni KAU yang punya... Jangan jadi bangang macam tak ada otak...

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan pertubuhan yang bukan hanya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) malah tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan penubuhan PPS namun ia tidak dibawa ke persidangan Dun Pulau Pinang sebagai sebuah enakmen atau undang-undang. 
Beliau menjelaskan bahawa Skim Rondaan Sukarela (SRS) diwujudkan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pula
ditubuhkan di bawah Akta Pasukan Sukarelawan 2012, dua akta yang diluluskan Dewan Rakyat. 
“Maka SRS dan Rela tidak perlu didaftarkan dengan ROS kerana ia ditubuhkan di bawah akta yang telah diluluskan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) mengapa PPS perlu didaftarkan dengan ROS.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu tertakluk kepada soal perundangan di bawah kuasa kerajaan pusat yang berhubung kait dengan aspek keselamatan serta pertahanan. 
“PPS mahu bertindak sebagai pasukan keselamatan namun terdapat 11 laporan polis dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dan sembur gas pemedih mata kepada orang awam,” katanya. 
Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mendakwa keselamatan negeri adalah tanggungjawab menteri besar dan ketua  menteri, Ahmad Zahid berkata, soal keselamatan dan pertahanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. 
“Kita tahu bahawa dalam negara, soal keselamatan dan pertahanan adalah bidang kuasa kerajaan pusat, jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai kerajaan pusat, maka ia adalah di luar undang-undang,” tegasnya. – Bernama

Jangan ingat rakyat ini mudah tertipu macamana KAU cuba SPIN yang PPS ini tidak bersalah... Apa yang tidak bersalah? Ada 11 Laporan POLIS dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dam sembur gas pemedih mata kepada orang awam... Wah! Banyak cantik, sudah mau jadi TAIKO kah ini PPS...? Nak jaga keselamatan APA ini...?

Jomo: Patutlah LGE ni meroyan...  

baca juga di sini

1 comment:

  1. Kalau tak register sekiranya terjadi incidence2 yg tidak di ingini, siapa yg brtanggung jawab nanti?

    Mangsa nak dapatkan keadilan ikut kepala otak siapa?

    Yg jadi Ahli tu ikut bantai siapa saja ke, Guan Eng dah tapis mendalam ke latar belakang asal usul mereka ni?

    ReplyDelete