Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 31 October 2014

"Can I Fuck U Today?" Sambul Bagi Sut Mahal ... Kasihan Saiful!

image

Perliku sumbang dengan ayat "Can i F... You Today?" adalah ayat yang cukup memualkan hanya berlaku jika seseorang itu rapat dengan seseorang... Pelbagai andaian berlaku dan pastinya, seoarang yang jujur diberi pula hadiah SUT yang mahal, untuk apa?

Jika kenyataan Datuk Gopal Ram itu benar, makanya, Anwar adalah seorang peliwat... Tidak boleh dinafikan lagi... Apakah kita mahu peliwat menjadi Pemimpin kita? Bercakap pasal agama, tapi sebenarnya penuh dengan noda...



PUTRAJAYA: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak mungkin mereka-reka bukti kerana terdapat kebenaran yang nyata dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaan dia diliwat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Persekutuan diberitahu hari ini.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata Mohd Saiful, pengadu dalam kes itu, boleh mengada-adakan bukti, tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Terdapat banyak kebenaran. Anak muda ini tidak mungkin mereka-reka cerita. Dia boleh menafikan beberapa perkara tertentu, tetapi dia tidak berbuat demikian, jadi dia adalah saksi yang jujur," katanya.

Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful telah menjawab dengan spontan soalan yang dikemukakan di mahkamah dan memberi penjelasan mendalam, satu persatu apa yang berlaku, sebelum dan selepas dakwaan liwat itu.


Beliau juga berhujah Mohd Saiful telah diganggu secara seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu yang mana dia menjadi perhatian seorang yang paling dominan, berpengaruh dan berkarisma.

Muhammad Shafee berhujah bagi pihak pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

Beliau berkata penderaan seksual itu berlaku dalam tempoh empat bulan sebelum Mohd Saiful berhenti menjadi pembantu peribadi Anwar.

Muhammad Shafee menjelaskan terdapat tanda yang menunjukkan kejadian liwat pada 26 Jun 2008 itu, bukan kali pertama berlaku berdasarkan keterangan Mohd Saiful dan dia turut menunjuk cara bagaimana ia berlaku.

"Saksi (Mohd Saiful) berkata perbuatan itu kasar. Katanya dia merasa sakit di bahagian rektum dan 'senak perut' dan 'Anwar memancutkan air maninya ke dalam dubur saya seperti biasa'," hujah beliau.

Muhammad Shafee berkata perkataan 'seperti biasa' menunjukkan kejadian itu telah berlaku lebih daripada sekali.

Beliau berkata, Mohd Saiful berkata selepas mereka berbincang tentang jadual kerja, Anwar mendekatinya dan berkata, "Can I f... you today?"

Muhammad Shafee berkata perkataan itu hanya boleh disebut jika seseorang benar-benar mengenali individu berkenaan.

Menyifatkan Mohd Saiful sebagai seorang saksi yang jujur, Muhammad Shafee berkata pengadu turut menunjuk cara perbuatan liwat itu di kondominium di hadapan hakim perbicaraan.

Beliau berkata, pada mulanya Mohd Saiful enggan menerima tawaran Anwar untuk melakukan liwat, tetapi apabila Anwar mulai berang, kedua-dua mereka pergi ke bilik tidur utama tempat kejadian liwat itu berlaku.

Muhammad Shafee juga berhujah sekiranya tiada sebarang hubungan antara mereka berdua, apa perlunya Anwar memberi sut pakaian Brioni (pakaian mewah jenama Itali) kepada Mohd Saiful.

"Malah saya sendiri pun tidak memiliki (pakaian mewah jenama Brioni); kita tahu betapa mahal harganya," kata Muhammad Shafee.

Beliau berhujah Anwar membawa Mohd Saiful dalam lawatan ke luar negara iaitu ke Singapura dan Hong Kong, dan semasa di Singapura pengadu diberi AS1,000 sebagai elaun.

Beliau berkata walaupun Mohd Saiful gagal meneruskan pengajian di universiti, Anwar memberi kepadanya elaun yang tinggi dan pengadu mempunyai bilik sendiri di pejabat.

Dalam hujah yang lain, beliau berkata Mohd Saiful bukan subahat, kerana terdapat kes undang-undang yang menyatakan mangsa penderaan seksual tidak boleh diperlakukan seperti itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment