Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 20 September 2014

Tiada Pemimpin DAP Yang Datang... Tahaluf.Syiasih Sudah Longgar! @Zahid_Hamidi bcc @NajibRazak

Isu tahaluf siyasi antara PAS dan PR terus menjadi topik hangat dalam muktamar PAS dan pilihanraya kecil Pengkalan Kubor...

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin... PAS semakin tersepit dalam isu ini... perbahasan semasa muktamar PAS juga cuba mengaitkan isu presiden dan isu Mat Sabu...

Rata rata perwakilan mahu mempertahan keputusan presiden dan majlis ulama...

TUMPAT : Tahaluf Siyasi (kerjasama politik) yang menjadi teras penyatuan parti dalam Pakatan Rakyat kini semakin rapuh dan hanya menanti masa untuk berpecah.

Sebagai bukti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din meminta supaya kerjasama politik dalam pakatan itu dikaji semula, menunjukkan tokoh agama itu kini tidak lagi berkeyakinan dengan kerjasama itu.

Malah katanya, keretakan itu sendiri boleh dilihat dengan jelas pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 13 September lalu, yang menyaksikan tiada langsung kehadiran pemimpin utama PKR dan DAP.

"Tidak ada pemimpin DAP yang datang. (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tiada, (Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) pun tidak ada. Ini maknanya keretakan itu sudah berlaku dalam pakatan pembangkang, dan hanya menunggu masa untuk berpecah.

"Tahaluf Siyasi itu sudah longgar. Kelonggaran ini mungkin disebabkan oleh tembelang (mereka) sudah terbuka," katanya ketika menyampaikan ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor di sini, malam tadi.

Kelmarin, dalam ucapannya ketika Muktamar Dewan Ulama PAS di Kulai Jaya, Johor, Haron menyeru supaya Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Punca keretakan itu antara lainnya disebabkan krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang sehingga kini masih belum nampak ia akan berpenghujung dan selesai.

Malah, kemelut itu digambarkan ramai pihak mungkin akan berlarutan selepas

-http://www.bharian.com.my/node/6749?m=1

1 comment:

  1. BUKAN TAHLUF SIASI

    BERKAWAN DENGAN CINA "KAM LAN"

    JADI INI NAMA NYA TAHALUF "SIA LAN"

    ReplyDelete