Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 18 September 2014

Seru Ulama! Fikir Semula Kedudukan PAS Dalam PR.

Aku tak.terkejut dengan apa yang berlaku dalam muktamar PAS. Dalam keadaan yang cukup janggal pada hari ini,PAS menjadi parti yang cukup tertekan pada ketika ini.

PAS pastinya menyedari kebersamaan mereka dengan PR banyak mengundang masalah berbanding penyelesaian. Justeru isu kebersamaan menjadi topik paling hangat dibahaskan dalam muktamar PAS kali ini...

Lebih menggemparkan lagi, bola tanggung diberikan oleh Timbalan Musyidul AM PAS dalam hal ini... habis lintang oukang jadinya puak puak pro Anwarinas...

Ust Haron Din yang menyifatkan PAS menghadapi “suasana politik yang gawat” pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

“Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

“Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

“(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci,” katanya.

“Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

“Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,”katanya.

Beliau turut meminta agar para pemimpin Majlis Syura tidak mudah melatah apabila diserang melalui Internet oleh “individu yang tidak memahami perjuangan PAS”.

Tanpa menamakan pihak terlibat, Haron berkata golongan itu mempertikai dan mengecam keputusan Majlis Syura yang dibuat secara sebulat suara.

“Ulama dalam Majlis Syura tidak mudah melatah dan membuat serangan balas. Tidak itu bukan cara ulama.

“Ulama berlapang dada dan tidak terkeluar daripada prinsip ‘agama itu nasihat,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS di Kulaijaya, Johor

Lanjut baca:
www.suara.tv/2014/09/17/haron-din-kaji-semula-kerjasama-dalam-pakatan/

Jomo: keluar yukkkkk...

1 comment:

  1. Selagi tidak keluar daripada Pakatan Rakyat selagi itulah PAS akan diperkudakan oleh DAP dan PKR. Tunggu apa lagi PAS oiii!!! Macam pondan, TAK ADA KEYAKINAN DIRI SENDIRI selain menjadi balaci dan pengkhianat.aKU YANG BUKAN AHLI PAS ni pun tak tahan tengok perangai DAP dan PAS mainkan belakang kau orang

    ReplyDelete