Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 2 September 2014

Ramli MS Ke Pejabat JAIS...



Shah Alam: Datuk Ramli MS tiba di Pejabat JAIS, di sini, jam 3.30 petang tadi bagi menyelesaikan kes pemeriksaan penguatkuasa JAIS dirumahnya Jumaat lalu selepas disyaki berkhalwat.

Ramli yang datang seorang diri berpakaian kemas sudah mengagak kehadiran wartawan di pejabat JAIS. Ketika ditemui beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana menganggap tiada apa yang perlu diperbesarkan. 

Sehingga jam 5.00 petang Ramli masih lagi disoal siasat oleh pihak JAIS bagi mengetahui status perkahwinannya dengan pasangan.

Pihak JAIS kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status sebenar hubungan pasangan artis terkenal tanah air itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/02 -h.metro

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment