Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 1 September 2014

Pergh! Pelajar Baru UMK Dapat iPad...



KOTA BAHRU: Seramai 3,100 pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang mendaftar bagi sesi September 2014/2015 diberikan iPad percuma dan mengikuti kelas berkonsepkan interaktif.

Naib Canselor UMK, Datuk Raduan Che Rose berkata, iPad disediakan selari dengan persekitaran pembelajaran berkonsep virtual dan bercirikan pembelajaran terkini yang akan dijadikan peranti pemudahcara pembelajaran dan pengajaran (P&P) dalam kuliah.

Katanya, UMK juga menggunakan konsep kelas interaktif dan menggunakan papan tulis dimensi iaitu pelajar boleh 'menconteng' dinding menggunakan pena khas bagi menimbulkan keseronokan ketika sesi kuliah.

"Pengagihan iPad ini akan diberikan kepada semua pelajar baharu pada 18 September ini dan kita berbangga kerana boleh dikatakan hampir kesemua pelajar baru mendaftar memilih UMK sebagai pilihan pertama mereka," katanya ketika ditemui dalam program pendaftaran pelajar baru UMK Kampus Kota,Pengkalan Chepa,dekat sini, hari ini.


http://www.bharian.com.my/node/3820?m=1

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment