Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 25 September 2014

Penipu! Gaji RM1 Tapi Tuntutan RM15 Juta...? Rakyat Kena Main Wayang... cc @AzminAli



Seorang facebooker, Mohd Fauzi Muhammad mendedahkan walaupun gaji Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor hanya bernilai RM1 sahaja namun Ketua Umum PKR itu menuntut RM 15 juta untuk tempoh perkhidmatannya di jawatan itu dari 2009-2014.

Pendedahan Mohd Fauzi sebagai susulan penutupan pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dilakukan serta merta semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin dilaporkan Mstar berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

“Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.,,-sumber

JOMO: Nak bagitau Rakyat... Jangan mudah terpesona dengan permainan politik pembangkang... masakan mau jalankan tugas Penasihat Ekonomi Selangor, Berak pun Bayar!!!

2 comments:

  1. Banyak lagi rahsia rahsia mereka sama mereka yang berkhidmat untuk "rakyat rakyat rakyat' ini...mereka semua licik. Kata UMNO busuk mereka lagi bertahi. Tunggulah Allah maha Berkuasa, bangkai gajah nak tutup lama mana, tidak di dunia di akhirat pasti kena. Orang macam ni semua nak kata suci, berbakti pada rakyat? Come on lah...kita kena cerdik sikitlah...Kesian rakyat rakyat yang kena main...memang suka pun kena main.

    ReplyDelete
  2. Parti Kaki Rasuah

    ReplyDelete