Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 5 September 2014

Mohamad Fuzi Harun ambil alih tugas Timbalan KPN


JUMAAT, 5 SEPTEMBER 2014 - 9:49PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun hari ini secara rasminya mengambil alih tugas sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berikutan persaraan Tan Sri Mohd Bakri Zinin.

Mohamad Fuzi sebelum ini ialah Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol) Kuala Lumpur di sini yang disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim.

Mohd Bakri menjawat jawatan itu sejak 17 Mei 2013.

"Selama hampir 39 tahun berkhidmat dalam PDRM, karier tersebut telah menjadi darah daging saya dan tidak mungkin mudah untuk melupakan pengalaman yang telah dilalui selama berkhidmat dalam pasukan.

"PDRM telah membentuk saya, mengajar saya erti kehidupan...telah memberi banyak pengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain," kata Mohd Bakri yang menyertai PDRM pada 6 November 1975. - BERNAMA

1 comment:

  1. tahniah dato seri fuzi. semoga sentiasa dipermudahkan Allah dalam segala tugas melaksanakan amanah.

    ReplyDelete