Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 16 September 2014

Mat Sabu Buat Serangan 'Halus' Kepada Ulama PAS...

Tak perlu nak cakap, orang ramai dah memang tahu siapa Mat Sabu... Kelihatan dari gerak gerinya yang lebih pro Anwar berbanding Presiden Parti sendiri amat jelas menjadi perbualan mulut dan pertikaian dalam PAS samada beliau mampu menerajui PAS dimasa akan datang atau ahli PAS sendiri yang akan jatuhkan beliau dari arena politik tanahair...

Ketidak selesaan beliau amat ketara apabila Presiden sendiri menemplak sekutu mereka dalam Pakatan rakyat yang bodoh kerana tak faham bahasa... Sultan minta lebih dari 2 nama, mereka hanya beri satu nama... Secara menyindir Ust hadi menemplak bahawa pemimpin PAS bukan seperti itu.. Ikut saja apa kata orang...



SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.

Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya, laporan Malaysiakini.

Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.

Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.

Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB itu.

Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS "harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”

“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.

Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo - seorang penggemar muzik rock - yang  dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.

Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.

"Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata beliau.

"Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada portal itu....-sumber

1 comment:

  1. BANGSAT betul si LABU-ANJING KURAP ni! Dia ni aku syaki PENYAMAQ ISLAM-ejen ZIONIS atau si mamat-SODOM! Dia ni patut dah lama MAMPOS dari Tanah Melayu ISLAM pusaka nenek moyang kami ini! Dia sengaja bangkit nama Imam Khomeini utk menghasut ke arah kebencian terhadap Iran!

    Baik KDN siasat latarbelakang si Labu ni - sungguh mencurigakan! Kdg-kdg ramai si KAPIRDAJAL dari Indonesia, Filipina dan Thailand MENYAMAQ sbg. Islam - aku tengok muka dia ni memang sebiji mcm. Cina Thailand (yg. aku heran tu kenapa PENDATANG Cina Thailand makin berlambak kat Kedah, Perlis dan K'tan - sedgkan dah beribu BUMIPUTERA Islam MELAYU Thailand asyik DIBUNUH si CINARASIS Thailand?!)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete