Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 23 September 2014

Kita Kena Pertahankan Hak Kita! DS @Zahid_Hamidi Ingatkan Orang Melayu/Bumiputera... cc @NajibRazak



Perjuangan UMNO belum selesai... Perjuangan untuk orang Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia secara amnya akan terus mekar asalkan saja orang Melayu masih memerlukannya... realitinya, Orang Melayu kena bersatu, Orang Melayu tak kira PAS atau UMNO atau sebilangan Orang PKR kena bersatu hati mempertahankan hak orang melayu daripada diganggu oleh anasir-anasir luar yang cuba merosakkan sistem yang kita bina selama ini...

Dato Seri Zahid Hamidi dalam begitu konsisten menyeru kepada semua orang melayu untuk bersatu dalam mempertahankan Hak-hak Orang melayu/Bumiputera... Beliau yang dikenali sebagai pejuang Melayu/Bumiputera yang juga Naib Presiden UMNO tak pernah lekang untuk mempertahankan HAK Melayu/Bumiputera...

Ini adalah seruan yang cukup jelas kepada orang melayu dan Bumiputera... Tanpa menidakkan hak kaum-kaum lain (Memang tak pernah ketepikan pun selama UMNO/BN memerintah), Orang Melayu wajib menjaga hak-hak ini, kerana perlu diingat kita akan mewarisi kehidupan dan perjuangan ini kepada anak cucu kita...

4 perkara dalam perlembagaan, Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, raja Melayu Sebagai raja Berpelembagaan, hak Istemewa Orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mesti dipertahankan... Ingat! Ini bukan milik UMNO sahaja, ini milik orang melayu semuanya di malaysia... Pesanan DS Zahid ini cukup memberikan pesanan jelas bahawa, UMNO akan mendahului dalam perjuangan ini... UMNO akan menjadi pemimpin utama mempertahankan perjuangan ini... Kerana, UMNO/BN mendapat mandat dan kepercayaan besar oleh rakyat dinegara ini...

Aku rasa, seruan ini kena pada masanya, tidak hanya menunggu pilihanraya atau pemilihan UMNO, tetapi ianya adalah gendangan yang cukup konsisten oleh pemimpin Melayu seperti DS Zahid Hamidi....

JOMO: Kepada semua Orang Melayu/Bumiputera bangkitlah kita mempertahankan hak kita... Ini bukan soal rasist, tapi, ini soal prinsip demi kemakmuran berlandaskan semangat perlembagaan... Kita doakan, DSS Zahid dan pimpinan UMNO yang lain terus konsisten mempertahakna apa juga hak yang melibatkan Melayu/Bumiputera demi Agama Bangsa dan Negara... in Sha Allah!

7 comments:

  1. Sdra Jomo.....sememangnya saya bersemangat untuk mempertahankan hak melayu....bila2 masa. Unfortunately, with weak najib, rhetorical ministers in the likes of zahidi and hishamuddin......I lose hope. Mana tidaknya......"kami tak teragak2, akan siasat, jangan main2 dengan kita".....itu penakut dan orang yang suka ber retorik...no action talk only. Cubalah bertindak

    ReplyDelete
  2. Bro byk tindakan telah diambil oleh polis. Kertas siasatan utk pendakwaan telah dimajukan kpd peguam negara utk dakwa. Tapiii

    ReplyDelete
  3. tapii.. takut AG ckp x cukup bukti nak dakwa para pengkhianat tue la kut??

    ReplyDelete
  4. Orang melayu bumiputra sepatut nya tidak perlu pertahankan hak dan keistimewaan di bumi Malaysia sekiranya tiada sesiapa mempersoalkan dan mengugut. Lagi pun bumi ini bertuankan orang melayu. Malangnya ada sebahagian orang melayu sendiri yang berjuang untuk menghapuskan hak dan kedudukan istimewa orang melayu bumiputra.

    ReplyDelete
  5. salah tu bro. pokok bergoyang masakan tiada angin. Aku sokong DS Zahid kerana lantang mempertahankan hak melayu bumiputera. kita sebagai org melayu bumiputera kena pertahankannya dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete