Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 15 September 2014

Hak Melayu Mesti DiTegakkan, Tahniah DS @Zahid_Hamidi ... cc @NajibRazak


Kalau bukan Pemimpin Melayu, siapa lagi yang nak pertahankan hak-hak orang Melayu... takkan kita nak harapkan orang Cina atau orang india...? Mereka sendiri pun menjaga kepentingan kaum mereka masing-masing...

Semangat kekitaan 1 Malaysia perlu diutamakan, tetapi, hak orang melayu mesti dipertahankan... Aku ucapkan tahniah kepada Naib Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi di atas semangat beliau untuk mempertahankan hak Melayu untuk terus subur dimuka bumi Malaysia ini...

PARIT, 14 Sept – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lantang bersuara memperjuangkan empat teras utama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, berkata beliau bukan bersikap perkauman atau menghalang hak bangsa lain tetapi cuma mahu menegakkan keistimewaan hak Melayu. 
Empat teras yang diperjuangkan beliau ialah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, Sultan sebagai raja berpelembagaan, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan kepada orang Melayu. 
“Mereka (kaum lain) mahu kesamarataan dan apa yang kita mahu lakukan adalah kesaksamaan. Kenapa hak kita yang termaktub dalam Perlembagaan perlu dipertikaikan. Adakah jika kita mempertahankan hak kita, kita dipandang perkauman. 
“Kita mempertahankan hak kita dengan tidak menafikan hak kaum lain tetapi jangan cuba menggugat hak orang Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Parit 2014, di sini hari ini. 
Pada Mesyuarat Perwakilan UMNO  Bahagian Besut di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh di Terengganu semalam, Ahmad Zahid mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mengganggu empat teras utama yang menjadi tonggak perundangan negara. 
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata pada masa kini, terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat teras itu apabila melihat orang Melayu mula berpecah. 
“Cukuplah bertelagah tidak kira di dalam UMNO, Pas atau Parti Keadilan Rakyat. Kita sebagai orang Melayu perlu bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan,” katanya. 
Beliau turut meminta anggota Umno supaya jangan terus bersengketa sebaliknya berusaha mengambil langkah mempererat hubungan demi membantu kerajaan membela  rakyat. 
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan mana-mana pihak yang cuba untuk mempertikaikan empat teras itu boleh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.... -sumber

9 comments:

  1. zahid , alhamdullilah jika betul apa u katakan
    nauzubillah jika hanya ucapan untuk tepukan

    ReplyDelete
  2. Expect us to believe you, zahid? Sorry, all my comments about you in the past is no one believes in a rhetorical minister like you, we do not you as a PM, and if you do, its quite possible sarawak n sabah keluar malaysia

    ReplyDelete
  3. Zahid, we had enough of your bullshit. JUST DO IT!!

    Pemimpin Melayu/Bumiputra semua adalah penjilat burit burit cina cina pengganas komunis biaDAPigs.

    ReplyDelete
  4. Hargai isi hati Zahid, jangan marah dia, dia hanya naib presiden umno, ada lagi orang yang lebih atas dan dia juga bukan ada talian darah dengan orang di atas seperti setengah naib presiden.

    ReplyDelete
  5. memang DS Zahid tengah lakukan... Dia pertahankan apa2 hak orang melayu... Itulah sebab dia cakap...

    ReplyDelete
  6. Zahid Hamidi ni pun macam PAS yang mainkan lagu Hudud bila pilihanraya. Bila nak dekat PAU, Zahid akan bercakap berdegar-degar nak pertahankan melayu tapi hanya sekadar retorik saja. Lepas dapat jawatan dan undi di PAU, melayu terus hilang dari ingatan dia. Sejak dia jadi Menteri KDN, penghinaan terhadap Islam,Melayu dan Raja2 berleluasa tanpa sebarang tindakan. 

    ReplyDelete
  7. Sy suka apa yg zahid hamidi katakan.. tp cuma sy meragui keikhlasan hati dia dlm mengeluarkan kenyataan tsebut.. klu benar dia maksudkan apa yg diperkatakan.. bgs la.. ini la pemimpin umno yg sebenarnya kita kehendaki kerana itu la tujuan pengundi umno mengundi anda sewktu pru13 dan PAU dahulu..

    Namun, sehingga akhir penulisan ini, perasaan sangsi itu masih tetap ada..

    BUKTIKAN YANG ANDA BUKANLAH PEMIMPIN BERMUSIM..

    ReplyDelete
  8. saya setuju dengan dato seri Zahid. kalau bukan beliau siapa lagi kita nak harapkan. teruskan bersuara dato seri. baru orang bukan Melayu tahu ada pemimpin Melayu yang bernai bersuara pertahankan hak melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. jangan cabar

    ReplyDelete
  9. zahid....tegas bermusim...cakap tak serupa bikin....zahid najib keri isam jarjis ssk semacam punya kemaruk darjat...

    ReplyDelete