Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Friday, 12 September 2014

Gantung Tugas

KENYATAAN YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MENGENAI KEBOCORAN SOALAN UPSR

Saya sekali lagi ingin menyatakan rasa teramat kesal saya terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebabkan seramai setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.

Manusia yang tiada integriti ini sudah pasti tidak memikirkan kesan perbuatannya yang amat keji itu.

Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, namun tidakan dan perbuatan tidak amanah dan khianat ini telah membuat anak- anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini.

Bagi pihak KPM, dan sebagaimana telah saya katakan semalam siasatan rapi dan menyeluruh telah pun dimulakan demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini.

KPM telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan sumber kebocoran dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti akan dibawa ke muka pengadilan.

Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah. Kementerian MESTI  mengambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti  Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awam negara kita.

Memandangkan insiden kebocoran soalan UPSR amat serius, Pengarah LPM Dr. Naimah binti Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias bin Wan Salleh DIGANTUNG TUGAS dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta.  Dato Misrah Bin Hj Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran akan mengambil alih  pengoperasian  dan tanggungjawab Lembaga Peperiksaan.

YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
12 September 2014
Vientiane, Laos

No comments:

Post a Comment