Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 23 September 2014

Drama Baru Selangor Baru Bermula... cc @AzminAli



Sebelum apa pun yang berlaku, tak salah kalau kita ucapkan tahniah kepada YB Azmin Alin di atas perlantikan beliau sebagai Menetri besar yang baharu... kemelut yang berlaku akhirnya berpihak kepada beliau yang tidak tersenaraipun dalam calon awal sebagai Menteri Besar... kecuali, didendangkan sendiri olehnya dan penyokong-peyokongnya...

Baru menjadi MB beliau difahamkan ingin melihat semula polisi yang melibatkan air di Selangor... Aku tak tahu apa tujuannya, mungkinkah perjanjian atau mungkin juga mahu menarik semula air percuma di Selangor yang menjerat diri PKR sendiri...?

Drama bakal bermula, kita lihat apakah Azmin yang tidak mendapat sokongan pun dari DAP akan menyebelahi DAP dalam urusan pentadbirannya...? Aku percaya pemimpin bermuka-muka sudah mula mendekati Azmin sebaik saja mengangkat sumpah... PAS yang dikatakan telah mencalonkan Azmin sebagai MB pula masih tidak ketahuan...

Bermula perlumbaan mencari kekayaan di Selangor, apa akan jadi kepada GLC selepas ini? Siapakah yang bakal berkuasa? Pejabat penasihat Ekonomi telah ditutup, apa pula lagi selepas ini...?

Ada yang menyatakan Azmin kononnya pro Melayu, tapi, apakah beliau sanggup LANGGAR Bossnya yang mengangkat darjat pimpinan chauvinis DAP...???? Kita tunggu dan lihat... 

Azmin yang terpalit dalam banyak isu, apakah beliau bersedia menghadapi isu-isu yang bakal dibangkitkan...? Ironinya, PKR sebenarnya sudah ketandusan Calon, kerana calon emreka terbaik TS Khalid Ibrahim pun sudah dipecat... Kalau Azmin ini hebat, sepatutnya beliau sudah lama dilantik menjadi MB apatah lagi dengan status Timbalan presiden yang dipegang olehnya...

Aku pasti, tangisan Wan Azizah tidak akan terhenti di sini... Dalam pemilihan lepas, Azmin dengan kemnya dan lawannya juga dengan kemnya masing-masing... Kedengaran kem-kem lain sudah mula kepanasan apabila mengetahui Azmin MB Selangor yang baharu... Persoalnnya, apakah Azmin atau mereka-mereka ini yang SURVIVE...?? 

JOMO: Tepuk dada tanyalah ahli PKR....

2 comments:

  1. KITE TUNGGU TENGOK LAKONAN MEREKA SAMPAI TAMAT!

    ReplyDelete
  2. Seterusnya pengarah pilihanraya langkah Kajang berura-ura untuk memilih lokasi Pelabuhan Kelang sebagai pentas filem terbaru Kerusi plastik wakil rakyat.

    ReplyDelete