Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 20 August 2014

Tun.M Tegur PM dan Pemimpin Hormati PM; Ada Kebaikan Untuk UMNO...? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @mohdshafieaddal



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Umum mengetahui Tun.M secara terbuka menegur kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak diumpamakan sebagai teguran Bapa kepada anaknya dan ianya adalah amalan biasa untuk melihat UMNO itu sentiasa sedar dan lebih baik dalam tindakannya... Apatah lagi dengan pengalaman dan kebijaksanaan yang ada pada Tun.M yang pastinya mahu melihat kelangsungan UMNO sebagai parti keramat di bumi Malaysia ini...

Tetapi, begitu juga sama soalnya kepada rakyat menghormati pemimpin atau pemimpin yang menghormati dan mempertahankan ketuanya juga tiada masalah... Ianya adalah keperluan kerana kepimpinan ini adalah kepimpinan berpasukan bukannya kepimpinan bersendirian... Kalaupun dikatakan DS Zahid Hamidi itu mempertahankan DS Najib Razak itu juga perkara biasa, kerana bagi saya beliau melihat pada era dan sudut yang berbeza berlandaskan hukum Islam dalam konteks kerja berpasukan dan mentaati pemerintah...

Begitu juga rakyat dan pemimpin lain yang mempertahankan DS Najib, ianya adalah perkara yang dituntut oleh agama apatah lagi yang berpegang pada tali manhaj Al Sunnah Wal-Jama'ah..

Antara kenyataan-kenyataan pemimpin:

DS Zahid Hamidi:
“Seorang pemimpin yang dipilih rakyat perlu dihormati oleh semua rakyat termasuk bekas pemimpin,”
“Ketika beliau (Mahathir) menjadi perdana menteri, beliau menuntut kesetiaan semua pihak. Saya pasti Najib juga menuntut kesetiaan semua pihak”

DS Hisham:
“Tun Mahathir tak lokek dengan pandangan dan teguran tapi ini tak bermakna kita setuju dengan apa yang diluahkannya” 
“Kalau Datuk Seri Najib tak buat tindakan berani untuk berdepan dengan pemisah, tak mungkin saya mampu berdiri hari ini untuk uruskan jenazah-jenazah ini.
“Tanya sama ada Obama mampu lakukan, tanya sama ada Putin mampu lakukan,” 

DS: Tengku Adnan:
“Kita hormat apa jua cadangan yang diutarakan oleh Tun (Mahathir)”
“Hanya saya minta pada Tun (Mahathir), kalau boleh jangan terlalu terbuka.
“Kalau ada masalah pada parti dan pimpinan, datang berjumpa dengan presiden. Kalau presiden tiada, timbalan presiden ada, naib presiden ada, saya pun ada. “Yang penting berbincang secara dalaman dan jangan expose,”

Jomo percaya ini mungkin akan lebih menguatkan UMNO... Mungkin Tun.M punyai sedikit kekecewaan, tapi, biasalah, manada manusia yang sempurna kan... hanya kepimpinan Rasulullah sahaja yang sempurna... Namun, kita kena percaya segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang tidak/kurang baik itu datangnya dari diri kita sendiri sebagai manusia biasa...

Apapun, keperluan memartabatkan pemimpin mesti dititikberatkan apatah lagi kerja dalam satu pasukan... jangan jadi macam PKR, mereka telah angkat pemimpin dikalangan mereka, mereka jatuhkan pemimpin ini seperti pemimpin ini tidak punyai maruah... Mereka buat seperti pemimpin ini tidak pernah berjasa kepada parti mahupun rakyat... Apakah ini ajaran Islam??? Tambahan persoalan lagi, PAS hanya berdiam diri, inikah manusia yang kita harapkan dalam memuliakan pemimpin...???

“Manusia sentiasa dalam kebaikan selama mana mereka menghormati sultan (pemimpin) dan para ulama. Maka sekiranya mereka menghormati keduanya ini, Allah akan memberikan kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka. Dan sekiranya mereka menghina keduanya, maka Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka.” (al-Qurthubi, al-Jami’ li Ahkamil Qur’an, 5/260)

Untung ada UMNO, ketaatan pada pemerintah sentiasa diterapkan dari dahulu hinggalah sekarang... itulah sebabnya UMNO terus diredhai perjuangannya untuk membela agama bangsa dan negara... Parti lawan, nampak cantik diluar, tetapi di dalam? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...

JOMO: Demi kelangsungan UMNO/BN, Jomo syorkan agar Tun.M bersemuka dengan DS Najib Tun Razak bagi membincangkan dan mungkin menegur secara baik apa yang boleh dibuat dan perlu diperbaiki oleh DS Najib Tun Razak dalam pemerintahannya selagi mana dia berkuasa dan memegang tampuk pimpinan negara... Pastinya tak semuanya buruk, ada banyak juga dasar-dasar yang memberikan kebaikan untuk kita rakyat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera...


3 comments:

  1. salam tuan tanah...

    baca balik apa tun cakap...semua orang marah tun sbb tun kononnya terbuka..baca balik apa tun cakap..

    tun kata dia dah nasihat najib secara lansung atau berdepan...ada ke orang tau dia nasihat ke tak...maknanya dia dah nasihat dalma pertemuan 4 mata...tapi najib nampaknya tak bertindak...kita orang dah tau lama tun bagi surat kat najib tak nak kerjasama...tapi atas dasar hormat ayahanda tun sbg orang tua kita semua,kami tak pernah nak sebut pun...adalah cakap untuk 2 3 orang tpi benda ni tak tersebar...

    tapi bila najib masih tk bertindak,nak salahkan tun lagi letak teguran tu dalam blog dia..lepas tu ramai yang nasiht tun supaya cakap secara keluarga...tun tulis tak nak baca..ini lah jadinya....

    gie7

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah berapa ramai yang membaca sepenuhnya tun Mahathir "menegur" melalui blognya. entah berapa ramai pula yang mengeluarkan komen tanpa membaca sepenuhnya. sebab itulah timbul kekeliruan pada yang mengulas teguran, kononnya mencadangkan tun mahathir menegur secara tertutup. sedangkan tun mahathir secara terbuka mengakui telah berusaha untuk melakukan teguran secara terus, melalui lisan kepada najib. namun disebabkan wujudnya dato'-dato' yang berperanan seperti dalam cerita dongeng, maka najib pun merasakan bahawa memang eranya berbeza sangat dengan tun mahathir seperti kata zahid hamidi. (zahid hamidi janji nak tubuh institut perkaderan umno dalam kempen naib presidennya sudahkah mengotakan kata?). zahid jugalah yang mengatakan betapa sukar tugasnya selepas isa dimansuhkan dan terpaksa membentangkan rang undang-undang di parlimen hingga tengah malam, lebih 7 jam tanpa henti, bagi memberikan kembali kuasa kepada pihak polis bertindak.

      teguran tun mahathir bukanlah mengandungi sesuatu yang baharu. teguran tun mahathir hanyalah mengulangi apa yang telah lama terbuka di ruang siber dan dalam pemikiran banyak pihak. tun mahathir mengungkapkan rahsia umum dalam blognya. kenapa pula ramai yang terkejut dan melompat macam kera kena belacan. tun mahathir tidak menyebut seruan supaya najib meletak jawatan sebagaimana dilakukan oleh banyak pihak lain secara terbuka.

      maka terbukalah topeng pembodek yang hanya mengutamakan kepentingan diri serta membelakangkan kepentingan rakyat dan negara dengan mendodoikan orang no 1 kerajaan. orang umno dan rakyat dapat melihat dengan jelas pemimpin mana yang berani bercakap benar demi negara dan rakyat. belum ada lagi yang tampak jujur selain memperlihatkan kesetiaan kepada presiden. hanya yang empunya tubuh dan timbalannya yang masih dinantikan ulasan mereka terhadap teguran tun mahathir.

      teguran tun mahathir menjadi titik tolak baharu bagi tanggapan rakyat dan ahli umno terhadap najib, umno dan kerajaan. sekiranya teguran bersurat secara terbuka seorang negarawan pun dipandang sepi, apalah nilai suara rakyat jelata yang tidak ternama. najib ada jawapannya dan kita sama-sama menilaikannya.

      Delete
  2. TDM telah menunjukkan sayangnya pada bangsa melayu melebihi sayangnya pada PM. Beliau telah membuat teguran sebegini kepada PM terdahulu sebelum beliau sendiri jadi PM, dan terus konsisten memberikan teguran sebegini selepas turun dari PM iaitu di era TAB dan sekarang DSN apabila dirasakannya kedudukan bangsa melayu semakin menurun di dalam negara sendiri. bukti dah ada seperti di Singapura dan kini di PP. Pemimpin perlu turun padang sendiri buat siasatan bukan sekadar dengar maklumat dari ketua kampung atau ketua UMNO yang sebahagiannya memang nak jaga kedudukan. Baca baik-baik tulisan TDM, ianya bukan khusus untuk DSN tapi untuk penasihat-penasihatnya. Rakyat bawahan kalau bercerita banyak membicarakan tentang peningkatan kebiadapan orang bukan islam masa kini terhadap melayu dan islam itu sendiri. Kesilapan TDM mungkin kerana menyerahkan tampuk pemerintahan terlalu awal (walaupun dan lebih 20 tahun) hanya kerana bisik-bisik yang dibimbangi jadi jeritan.

    ReplyDelete