Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 14 August 2014

Tandatangan Lucah! mamat Cina Ini DiPenjara 1 Minggu dan Denda RM5k... Tahniah @PDRMsia cc @Zahid_Hamidi



GEORGETOWN: Seorang tukang batu nisan dijatuhi hukuman penjara seminggu dan denda RM5,000 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menandatangani buku saman trafik dengan perkataan lucah dua bulan lalu. 

Majistret Dianne Nigrad Nor Azhar memerintahkan Lim Pei Jye menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini. 

Lim, 41, didakwa menulis kata-kata lucah pada buku saman yang diberikan kepadanya untuk ditandatangani dengan maksud mengaibkan kehormatan anggota polis trafik S.Thanesan di hadapan Kafe I Love U, di Jalan Batu Ferringhi, dekat sini, pada jam 9.50 pagi, 2 Julai lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Mengikut fakta kes anggota polis trafik itu menahan Lim di hadapan kafe berkenaan kerana melanggar isyarat lampu merah. 

Polis trafik itu kemudiannya mengeluarkan saman kepada Lim dan menyerahkan buku saman untuk Lim menandatanganinya, sebelum mendapati ruang tanda tangan itu ditulis dengan perkataan lucah. 

Terdahulu, peguam Muhammad Arif Shaharuddin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhi hukuman ringan atas alasan lelaki berkenaan mempunyai tanggungan dua orang anak. 
"Tertuduh memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan. Ketika kejadian dia dalam keadaan tertekan kerana dalam proses perceraian dengan isterinya. Oleh itu, saya memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan tertuduh," katanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim kemudiannya berkata perceraian tidak boleh digunakan sebagai alasan atas tindakan yang dilakukan untuk mengaibkan seorang anggota polis secara peribadi dan memohon hukuman berat berbentuk pengajaran dan faktor kepentingan awam diambil kira. 

"Tertuduh sengaja menulis perkataan lucah kepada anggota polis trafik yang hanya menjalankan tugasnya. Sebelum itu, tertuduh juga melakukan kesalahan lalu lintas, melanggar lampu merah," katanya. 

- BERNAMA

7 comments:

  1. Seminguuuu jee ?.....ishhh ishhhhh ....buang karen je laaa !

    ReplyDelete
  2. Dalam menentukan seorang pemimpin, Rasulullah telah menjadikan dirinya sebagai figur dan pelaku. Empat sikap yang menjadi sifat-sifat wajib baginya adalah amanah, fathanah, siddiq dan tabligh ternyata sangat erat kaitannya dengan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yang mana tanpa keempat sifat tersebut dalam pribadi beliau maka mustahil kepemimpinan beliau dapat berjalan dengan baik dan mendapatkan pujian oleh masyarakat.

    Mencari pemimpin yang tepat berarti menemukan empat sifat Nabi ini dalam pribadi seorang pemimpin. Keempat sifat ini tentu saja tidak secara tiba-tiba ada dalam diri seseorang, sebagaimana halnya dengan Rasulullah yang telah melalui perjuangan dan pembinaan yang intensif baik secara jasmani maupun ruhani hingga menjadi pemimpin sejati.

    Sikap yang amanah menjadi syarat pertama yang harus dimiliki oleh pemimpin daerah dan bangsa ini, sebab amanah yang berarti kejujuran dan kesetiaan, dan transparansi menjadi kunci penting yang harus ditegakkan.

    Sikap amanah ini menjadi sangat penting sebab salah satu penyebab kemerosotan bangsa ini adalah pengelolaannya yang tidak didasarkan pada sikap amanah, kejujuran, transparansi dan keadilan. Rasulullah telah digelari sebagai orang yang al-amin sebelum beliau menjadi seorang Rasul, yang gelar itu bukan diproklamirkan oleh beliau, melainkan oleh seluruh masyarakat yang ada baik anggota sukunya maupun suku-suku yang lain.

    http://bit.ly/1AaHaHv

    ReplyDelete
  3. Sebelum ini kau dah kata bila dekat pilihanraya Najib akan tunjuk dia prihatin kat melayu. Lepas pilihanraya dia akan tong sampahkan melayu. Sekarang ni nak dekat pilihanraya Selangor, maka Najib buka lah skrip lama tu.

    ReplyDelete
  4. 3 bulan penjara baru berbaloi

    ReplyDelete
  5. PADAN MUKA si PENDATANG/PENCEROBOH SAMSENG KAPIRDAJAL ni!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  6. seminggu penjara & denda 5K tu dh cukup besar rasanya.... seminggu tu lama woooo.... sakit jiwa cina mangkuk ni dlm penjara.. klu x serik juge, tak taulah...
    dia fikir mak bapa tok nenek dia punya kah MALAYSIA ni... ikut suke dia je nak buat ape...
    sebenarnya kan... klu kita bersopan dan berlembut bila di tahan dek polis, polis juge akan ada sifat yg sama.. advantage utk kita, polis pun bukan suka2 nak saman wlupun dh confirm salah kita.. ada kemaafan dan percayalah kita akan dilepaskan.. tapi jgnlah pula lain kali ikut suke kita buat kesalahan.. ingatlah, mungkin kesalahan n kesilapan yg kita lakukan akan melibatkan pihak lain erti kata lain akan blh mengakibatkan kemusnahan n kesakitan org lain.. sentiasa dan masih dan terus mempercayai PDRM.. tabik tuan..

    ReplyDelete