Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 20 August 2014

Sukarelawan Kahwini GADIS GAZA...



Gaza – Ekoran gencatan senjata yang diadakan, hasrat seorang sukarelawan yang ingin berkahwin dengan gadis Gaza akhirnya berjaya diadakan dalam satu majlis yang serba ringkas setelah tertunda beberapa kali.

Menurut laporan Mi’raj Islamic News Agency (MINA) Muhammad Husein Aji Muslim, merupakan seorang sukarelawan di Medical Emergency Rescue Committee (MER-C) bernikah dengan pasangannya pada 17 Ogos lalu.

“Alhamdulillah impian saya menjadi nyata, dan ini merupakan berkat dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, saya dapat menikahi muslimah dari Gaza.

“Semoga ini menjadi perekat ukhuwah Islamiyah antara muslimin di Indonesia dan muslimin di Gaza,” kata Husein penuh bahagia memetik laporan MINA.

Muhammad Husein sebelum ini dikatakan telah beberapa kali cuba meminang Jinan Ar-Raq, 18 yang berasal dari Khan Younis, selatan Gaza namun terpaksa membatalkan hasratnya itu beberapa kali ekoran perang yang sedang melanda negara itu.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Pejabat Urusan Agama Bandar Gaza itu dihadiri oleh ayah kepada pengantin wanita, dan rakan-rakan sukarelawan Muhammad Husein dari MER-C.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu dan mendukung saya, baik dengan moral atau pun material hingga terlaksananya pernikahan ini, serta mohon doa dari semua untuk keberkahan pernikahan kami,” ujarnya.

“Saya sangat bahagia atas pernikahan ini, dan semoga Allah memberkati kami berdua. Semoga pernikahan kami menjadi awal kemenangan Palestin dari penjajahan Israel,” ujar Jinan yang sudah menulis 20 novel karangannya sendiri.

Anak kelima dari keluarga Fauzi Ar-Raqb itu juga turut mengharapkan akan ada banyak lagi pemuda-pemuda dari Indonesia yang sudi bernikah dengan wanita Gaza sebagai satu usaha untuk memupuk ukhuwah yang lebih erat antara dua negara...-sumber

JOMO: Alhamdulillah rezeki dia beristerikan gadis GAZA... Semoga perjuangan dia semakin kuat dan kehidupan beliau diberkati... p/s: macam cantik jer...

2 comments:

  1. lepas ni lagi ramailah kesana nak kawin dgn gadis palestin..

    ReplyDelete
  2. Tapi takde pulak nak tolong kawin dgn org rohingya..dorang diinaya juga

    ReplyDelete