Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 30 August 2014

Sajak: Tanah Air! Cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



SAJAK : TANAH AIR

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani 

Engkau Ibu
Murni dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai 

Telah kau rasa segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besidi mana-mana wajahmu tak pernah mati 

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan 

Bukankah dengan kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan 

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Nukilan : Dato' Usman Awang, Sasterawan Negara. 

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Kepada seluruh rakyat Malaysia yang hormati,

    Memandangkan keadaan keselamatan dan ekonomi sekarang sehari demi sehari nampaknya mungkin teruk untuk kebaikan negera kami harap kerajaan yang dipimpin olih perdana menteri Mohd Najib Tun Razak menjemput bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi penolong kanan Kerajaan

    Kerana berbanding dari sejarah dulu, kami percaya pengelaman beliau bolih mentadbir Negara dengan lebih cekap dan seperna

    Kami harap seluruh rakyat Malaysia menberi sebulat suara atas perkara ini dan bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad janganlah mengecewakan keikhlasan rakyat

    Sekian dimaklumkan, terima kasih

    Kami yang Benar

    Jayanthi Devi Balaguru ketua Gerakan Segambut
    (CHIA OOI SUN & CO.) Advocates & Solicitors
    48-1 1st Floor, Jalan Brunei Utara Off Changkat Thambi Dollah,
    Pudu 55100 Kuala Lumpur.

    YIP KUM FOOK & ASSOCIATES
    NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR
    JALAN 53, DESA JAYA KEPONG
    52100 KUALA LUMPUR

    YIP JIUN HANN & ASSOCIATES
    Suite 3.43 Kompleks Desa, Batu 8 Jalan Kepong,
    WP Kuala Lumpur, 52100 Kuala Lumpur

    ReplyDelete