Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 6 August 2014

Penyokong PR Sebenarnya Ditipu... Ini Bukan Korupsi Ker...???


Antara sebab kenapa sebilangan rakyat tidak sokong BN adalah kerana Pemimpin-pemimpin PR mencanangkan bahawa kononnya BN tidak telus... kononnya BN korupsi... BN amal nepotisme... BN amal kronisme... Walhal mereka sendiri tidak pernah memberi bukti yang kukuh... 


Apa yang peliknya, kenapa Penyokong PR tidak persoalkan Pemimpin mereka...??? Baru setahun jagung pegang jawatan banyak perkara buruk berlaku diantara mereka... Kenapa penyokong PR membisu???

4. Saya pelik kenapa TSKI dibantai teruk kerana projek yang bukan dibawah bidang kuasanya. Namun dalam masa yang sama, tidak berlaku kepada Kerajaan Pulau Pinang dibawah pimpinan Lim Guan Eng (LGE).  
a) Sedang Negeri Pulau Pinang bakal membina Penang Tunnel yang bernilai RM 4.63 Billion sepanjang 6.5 KM.  
b) Lebih malang projek yang dibiayai sendiri Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini dianugerahkan kepada Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.  
c) Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terikat dengan mana mana pihak. Namun kenapa rundingan terus? 
d) Projek ini juga menerima bantahan dari penduduk dan banyak pihak sama seperti Kidex. Ramai yang mempersoalkan kewajaran membina terowong ini selepas pembinaan jambatan Ke 2 yang sudah memadai untuk melancarkan trafik masuk ke pulau.  
d) Malah ada yang menegur LGE kerana pembinaan lebih banyak akses akan menyebabkan lebih banyak kenderaan masuk ke pulau yang sudah mengalami masalah trafik yang serius.  
e) Terdapat juga cadangan agar daripada membina terowong lebih baik Kerajaan Pulau Pinang membina sistem LRT yang efektif dan kosnya dijangka hanya menelan RM 120 Juta per kilometer dan ianya bakal menyelesaikan masalah trafik di pulau.  
5. Namun tindakan LGE ini tidak langsung di kecam oleh pimpinan PR sepertimana TSKI dikecam dan didesak meletakkan jawatan. 
6. Saya perhati, antara Faktor tentangan paling ketara adalah cara LGE menguruskan kewangan negeri.  
a) Pada tahun 2014 adalah tahun ke enam (6) Kerajaan Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit dan yang terakhir bajet 2014 defisitnya adalah RM 255.44 Juta.  
b) Apakah agaknya yang difikirkan LGE sehingga berani berbelanja besar dengan kewangan yang kritikal itu pada perkara yang tidak perlu? Dimanakah suara pimpinan PR dalam menegur sikap LGE ini?  
c) Bukankah kita menentang rundingan terus satu ketika dahulu.... - sumber

Jomo: Korang fikirlah sendiri... jangan tak serupa bikin.... 

No comments:

Post a Comment