Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 14 August 2014

La Ode Si Pembunuh DiHUKUM Mati... Tahniah @PDRMsia cc @Zahid_Hamidi


KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Subang Jaya, Norazita Abu Talib, hari ini, dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan tersebut terhadap lelaki warga Indonesia bernama La Ode Ardi Rasila itu, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

Lelaki berusia 37 tahun itu turut dijatuhi hukuman mati atas tuduhan melakukan rompakan dengan menggunakan senjata api.

Seramai 24 saksi pendakwaan dan satu saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu berlangsung sejak 24 Jun lalu.

Pendakwaan diwakili oleh Ketua Pendakwa Negeri, Mohd Azari Haron dan Timbalan Pendakwa Raya, Asyraf Md Kamal.

Pada 19 Nov tahun lepas, La Ode didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, atas kesalahan membunuh Norazita.

La Ode turut didakwa atas pertuduhan kedua di bawah Sekyen 3 Akta Senjata Api 1971 yang membawa hukuman gantung sampai mati walaupun orang yang ditembak tidak tercedera.

Dalam kejadian pada pukul petang 23 Oktober tahun lepas itu, Norazita,37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu.

Pihak polis berjaya menangkap lelaki itu pada 11 November tahun lalu, di Johor Bahru.

2 comments:

  1. PADAN MUKA lu oi si SETAN KAPIRDAJAL! Nampak sgt. kebencian si KAPIR ni pd. umat Islam kerana dia hanya membunuh dgn. KEJAM Allahyarhamah Norazita; yg. Bukan Islam dibiaqkan pula! Tapi mungkin akan bising si loyar-loyar LONGKANG DAPBANGKAI/PKRSODOM - mcm. biasa kerana mereka memang gila bela PENJENAYAH KEJAM!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Tapi bila pula polis nak SELESAIkankes pembunuhan BERSIRI yg. dah sekian lama berlaku ni - sungguh MENGGERUNkan. Walaupun dipercayai mangsa adalah warga asing; simpati kita tetap sama sesama manusia Aku syak mereka ni mangsa puak PEROGOL-SODOM-BINATANG-BUAS!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140811/je_04/Lagi-mayat-dikafankan-ditemui-di-tepi-jalan

    Lagi mayat `dikafankan' ditemui di tepi jalan

    BUKIT MERTAJAM 11 Ogos - Kes mayat yang `dikafankan' dan ditinggalkan di tepi jalan di daerah ini berulang lagi apabila satu mayat ditemui berhampiran Medan Selera Bukit Minyak dekat sini hari ini.
    Dalam kejadian pada pukul 7 pagi, orang ramai yang melalui kawasan tersebut terkejut apabila menemukan mayat yang belum dikenal pasti jantinanya ditinggalkan di tepi jalan.

    Sepanjang tujuh bulan tahun ini, sebanyak lima kes serupa berlaku di Seberang Perai Tengah melibatkan mayat warga asing. - UTUSAN ONLINE

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete