Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 5 August 2014

FOTO AWEK SEKSI SUSPEK BUNUH BERSAMA 'BOYFRIEND'NYA... Tanggunglah Sendiri! Pengajaran Untuk Semua...





Polis sudah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun dan 19 tahun disyaki terbabit pembunuhan seorang kakitangan Kompleks Sukan Nilai, Amir Fazli Suhaimi, 18, yang ditemui tertiarap di sebuah lubang di tapak pembinaan Batu 3, Jalan Labu di sini, semalam.

Sumber polis berkata, pihaknya menahan suspek lelaki berusia 21 tahun yang juga kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) bersama kekasihnya berusia 19 tahun di Ampangan di sini, kira-kira jam 6 petang semalam.

Katanya, kedua dua suspek bersama tiga yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir Fazli yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipercayai dipukul hingga terbunuh di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya akan memohon reman kedua dua suspek jam 2 petang ini di Mahkamah Seremban selain memburu tiga lagi suspek yang masih menghilangkan diri.

"Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

"Akhirnya mangsa terjatuh daripada motosikal dan dipercayai dipukul hingga terbunuh," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh...-sumber 

JOMO: Bukan mahu jatuhkan air muka budak-budak ini... Tapi ketahuilah akibatnya jika bertindak tanpa berfikir... Ingat! gunakanlah masa hidup ini sebaik mungkin...


foto-foto dari blog ini

5 comments:

  1. subhanallah., tak tau nak komen apa dalam bab seperti ni. Kalau berani dan 'gagah' sangat hantar lah budak dua ekor ni ke Gaza supaya diorang boleh 'ganyang' tentera zionist (ustaz azhar idrus kata jangan panggil 'israel' - saya patuh)

    ReplyDelete
  2. Seronok sangat dapat bunuh anak orang..esok lusa orang orang bunuh anak cucu hang..hukum karma tu ada..dalam islam setiap perbuatan ada pembalasan..sah didahi dicop pembunuh.."hanya Allah yang berhak ke atas nyawa hambanya"..kau siapa nak ambik nyawa budak tu..serve u right

    ReplyDelete
  3. napa x selfie dalam balai tuuuu....comeii x ...

    ReplyDelete
  4. bila iman dah tak ada dan dibajai selalu inilah jadinya...ingat dunia ni milik Allah bukan kita punya...bolih buat sesuka hati....berubahlah...hambaallah

    ReplyDelete
  5. Manalah nak sorok muka ibu dan ayah dua orang hamba Allah ni kan..haishhh...

    ReplyDelete