Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 19 August 2014

DAP Rekrut Remaja, UMNO Buat Apa...? @khairykj

DAP begitu pantas dalam mengatur gerak engagement dengan anak-anak muda yang pastinya boleh dikategorikan sebagai pengundi baharu untuk PRU14 yang akan datang... Gerakan DAP ini menggunakan Orang melayu sendiri sebagai 'ALAT PENGGERAK' sudah tidak asing lagi...

Apakah ini yang kita mahu lihat??? DAP sibuk mengadakan program berbentuk forum-forum, perjumpaan, perbincangan dan banyak lagi kaedah lain (selain Selfie semata-mata), dilihat mula mendekati anak-anak muda Melayu/Bumiputera... Apakah UMNO mahu lihat saja???

Saya tidak salahkan UMNO dalam hal ini, cuma sekadar ingatkan sahaja... Saya yakin, ada juga pemimpin MUDA UMNO yang telah mengambil inisiatif untuk melakukan engagement terutamanya dikalangan orang muda mahupun mahasiswa agar terus disemaikan dengan semangat perjuangan dan sayangkan agama, bangsa dan negara... 

Berselfie itu bagus, tapi, kena ada pengisian lain... Aku tengok dalam media sosial ini terutamanya puteri dan pemuda, hanya sibuk berselfie seperti UMNO/BN ini berada dalam zon selamat... tapi, aku tetap bersangka baik... Tapi, laporan yang aku dapat, memang terdapat sebilangan pemimpin muda (for sure antaranya Khairy / Pemuda Negeri) yang sudah membuat engagement dan membina rangkaian dan mengadakan aktiviti yang memberikan impak kepada UMNO/BN... Jangan hanya asyiki-asyik pertandingan bola sepak merebut piala Ketua Pemuda sahaja...ehe (Ini boleh tapi kena tambah aktiviti yang lain...)

JOMO: Biar tegur sebelum menang, jangan menangis setelah kalah... 





baca juga di sini

2 comments:

  1. Orang muda lingkungan 20-30 tahun tiada tempat dlm umno. Contohnya saya sendiri dikampung tak pernah pun dihulur borang umno.

    Berbeza dgn pas semua pemuda di tarik masuk partinya tak peduli penagih dadah atau orang kurang siuman semuanya mereka terima jadi ahli.

    Mungkin tempat saya ni umno dah kuat.

    ReplyDelete
  2. UMNO buat duit la...

    ReplyDelete