Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 8 July 2014

Hambik Kau!!! Sindiran Tun M Untuk "CHAUVINIS" Yang tak Sedar Diri...



Antara Sindiran Tun Mahathir  :

1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-

5 comments:

  1. Saya kesian kat Tun M, beliau sepatutnya jawab kat YTL bahawa beliau tak ada merit utk layan YTL masa nak di'bankrap'kan oleh bank milik kaum ber'merit' ini satu masa dulu.

    ReplyDelete
  2. Penyamun Madir komen sikit tapi berbisa.

    ReplyDelete
  3. Oii anon 15:16, ko fikir hidup ko dh terlalu sempurna ka ? sedap2 kepala hotak ko panggil ayahnda Tun penyamun apa jasa ko pada malaysia ah. hak ptui...

    ReplyDelete
  4. Malays takes things for granted. Mereka ingat sampai bila2 mereka boleh dapat biasiswa, dapat tempat di Universiti dsbg. Mereka tak tau kalau sistem merit digunakan mereka yang dok melalak berdemonstrasi kat universiti tu jangan harap lah boleh masuk U termasuk juga professor2 yang tak berapa teruih cakap orang putih. Semua kerajaan buat tak betul, kang anak cucu jadi pekerja kilang/restoran, kerani cabuk, jaga dsbg masa PR memerintah baru dia orang menangis tak berlagu. Di Penang, tiada satu syarikat professional Melayu pun dilantik oleh pemaju-pemaju besar milik orang2 Cina mahupun public listed company. Kalau dulu PDC/MPPP boleh lantik syarikat Bumiputra, tapi sekarang tidak lagi, hampir semua tanah Kerajaan Negeri dijual oleh Lim Guan Eng kepada developer Cina. Bayangkan kalau PR dapat memerintah, apa nak jadi?

    ReplyDelete