Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 3 July 2014

Dengar!!! Dalam PKR Kritik Pemimpin Pun Kena TATATERTIB...


PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kem Mohamed Azmin Ali bakal dikenakan Tindakan disiplin berikutan kelantangan mereka mempertikai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dua pemimpin terbabit ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shari yang kini masing-masing sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri Besar Selangor.

Seorang lagi pemimpin yang turut berhadapan tindakan sama ialah bekas Setiausaha Politik Abdul Khalid, Faekah Husin.

Surat tunjuk sebab diberikan kepada Faekah berikutan tindakannya mempertahankan bekas bosnya daripada terus diserang daripada kedua-dua penyokong setia Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR.

Sebelum ini Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid. - sumber

JOMO: Ini dinamakan POLITIK Baru...? Lagi teruk adaaaa... Kalau di luar bukan main lagi puak-puak ni bising hentam kepimpinan negara, hakikatnya, dalam parti mereka sendiri tidak boleh mengkritik pemimpin... Boleh kena tindakan disiplin tau... Lawak!!! Mana anak-anak muda yang kononnya menjadi pendokong Parti Anak Beranak ini...??? 

Ingat!!! Ini parti mereka yang punya, bukan kamu yang punya...

1 comment:

  1. Melayu Selangor3 July 2014 at 12:56

    Khalid must go down. Iskandar must be the MB.

    ReplyDelete