Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 10 July 2014

Court MAMMOTH PENIPU....????


Penipuan COURT MAMMOTH Didedahkan Bekas Pekerja
Saya sebagai bekas kakitangan Courts Mammoth berasa begitu kasihan dengan pelanggan yang terperdaya dengan marketing dan janji-janji manis kakitangan Courts Mammoth.
Sememangnya Courts Mammoth mempunyai banyak option interest rate. Tetapi ramai pelanggan yang tidak tahu kerana tidak dijelaskan oleh kakitangannya.
Interest ratenya mengikut bulan, bukan tahunan. Contohnya 1%, 1.39%, 1.69%, 1.99%, 2%, dan yang paling tinggi adalah 2.369% sebulan. Memang tinggi, gila babi tinggi. Siapa-siapa yang buat 60 bulan, memang habislah.
Nasihat saya sebelum beli, baik survey dulu option interest rate. Memang ada option, sama juga bila beli motor daripada AEON. Kita ada banyak option rate, tetapi banyak pelanggan tak faham mengenai rate tsb dan langsung tak mahu ambil tahu pun. 
Yang penting, janji bulan-bulan bayar setakat mampu. Bila dah tiga tahun bayar, barulah dia terasa lama. Bila check 60 bulan, AMEKKAW!!
Kadang-kadang pelanggan ghairah nak dapat barang, sampai sanggup tandatangan jer perjanjian itu ini. Kebanyakannya macam itulah. 
Satu lagi kalau dapat kakitangan Courts Mammoth yang bangsat. Jenis yang memang tak kasihan pada pelanggan. Memang dia akan masukkan benda-benda mengarut dalam invoice.
Bayangkan kalau barang berharga RM200 masuk buat 60 bulan. Just tambah RM10 je sebulan. Pada pelanggan, RM10 itu tak nampak besar. Tetapi kalau kira balik dari RM200 jadi RM600, NONSENSE!! 
Lepas itu, barang pula dia kata package sekali dengan barang utama. Memang kena kelentonglah.  
Kakitangan Courts Mammoth pula dapat imbuhan lagi dalam RM5.00 Kakitangan Courts Mammoth ini pun satu hal, dikejar sangat RM5 sampai teraniaya pada pelanggan. 
Itulah sebab kenapa saya berhenti kerja dari Courts Mammoth. – JACKERS... - sumber
Jomo: Ingat sebelum kena!!! hati-hati sebagai pengguna...

5 comments:

  1. simple je.. patut sblm bli customer kna la cek btul2 terms & conditions,
    so bla dh puas ati baru la sign dan bayar. senang.sbb atas persetujuan bersama customer ngan courts.
    yg pnting kna tau apa yg kita ambil mcm pakej ke apa ke..

    ReplyDelete
  2. org yg kutip hutang ngan courts akan talipon customer yg tak bayar dlm tempoh 6-12 bulan. maknanya lama nau tak bayo, mana la courts tak cari. dh stuju sgt kan nk bli, bayo la. kete kalau x bayo bank cari nak tarik. haha

    ReplyDelete
  3. tanak bayar bulan2, beli je cash. senang. kat courts kalau beli cash pon dapat murah apa. lg murah dr harga asal. tak caya try g ujung mnggu kat courts.korang dpt tgk beza harga dr harga asal. berbaloi2 murahnya.

    ReplyDelete
  4. kaan. sy prasan jugak promosi smpai separuh harga potongan brg yg djual kt courts.
    promosi ujung mnggu lg la. tambah2 kalau bli brg dgn harga cash.

    ReplyDelete
  5. skrg pun ada plan baru. flexihome. boleh bli brg2 scara pakej. mcm set sofa skali ngan tv

    ReplyDelete