Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 10 June 2014

RnR Seremban Jadi Tempat Mualaf Minta Sedekah...? @jakimOfficial









Dalam perjalanan dari selatan tanahair ke Kuala Lumpur, aku singgah solat di RnR Seremban... Bila nak masuk tempat solat terkejut bila ternampak 3 orang tua sedang meminta sedekah...

Bila aku temubual pakcik-pakcik ini kesemuanya adalah mualaf... ada yang baru masuk islam tahun lepas 2013 di Puchong Selangor dan ada juga dari Kuala Lumpur...

Kasihan melihat keadaan mereka bila aku tanya ada yang sedang sakit dan memerlukan bantuan... mereka ini berbangsa cina... Apa sudah jadi? Takkan sampai nak minta sedekah di RnR... Seremban jauh pulak tu...

Aku tidak mahu menunding kepada sesiapa, tapi aku mohon pihak yang beryanggungjawab terutamanya jabatan agama islam dinegeri yang terlibat untuk memantau dan menyiasat perkara ini...

Jomo: Ini negara Islam... Kita jaga kebajikan semua... Jangan hanya tahu bercakap tetapi tiada apa-apa tindakan diambil...

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment