Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 30 June 2014

Neelofa Kini Single...?



Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa telah mendedahkan bahawa hubungannya dengan pengarah dan pelakon terkenal, Hans Isaac sudah berakhir sejak awal Februari lalu.

"Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.

"Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.


Pada masa sama, Neelofa atau nama mesranya Lofa berharap selepas ini tiada lagi spekulasi mengenai dirinya dengan Hans dibangkitkan.

"Kami mengambil keputusan untuk membawa hala tuju sendiri. Saya mengharapkan peminat dapat menghormati keputusan kami dan tidak memanjangkan isu ini dengan bertanyakan punca perpisahan memandangkan kami akhiri perhubungan kami secara matang dan ia adalah keputusan bersama.

"Biarlah Hans fokus kepada beberapa perancangannya dan apa yang penting saya ingin gunakan masa muda saya ini sepenuhnya kepada diri saya, kerja seni serta perniagaan saya."

Jomo: Betulker dia ada kaitan dengan Pemimpin UMNO...? selanjutnya baca MIK

1 comment:

  1. buatlah apa yang kau suka nelofa....

    ReplyDelete