Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 22 June 2014

Malaysia Terbaik Majlis Tilawah & Hafazan Al Quran Malam Tadi...



Malaysia yang saban tahun menganjurkan Majlis Tilawah Al Quran telah sekali lagi berjaya menganjurkan MTQ&H bagi tahun 2014...

Lebih hebat lagi, Malaysia telah berjaya mengungguli kedua-dua kategori tersebut di mana bagi tilawah al quran Malaysia berjaya menjadi johan qari dan qariah Majlis Tilawah Quran & Hafazan peringkat Antarabangsa ke-56 di Dewan Merdeka PWTC pada malam tadi...

Johan Qari : Ahmad Tarmizi Ali, 29
Johan Qariah: Hanim-zah Jalaluddin, 32

Ini secara tidak langsung menunjukkan sebagai negara Islam Malaysia terus melahirkan Qari dan Qariah yang terbaik di dunia... Mungkin kita kalah dalam sukan, tapi kita terus mengungguli untuk hal-hal yang berkaitan dengan keagamaan...

Saya ucapkan tahniah kepada semua pemenang... Semoga Malaysia terus diberikan kekuatan bagi menganjurkan program - program seperti ini...

Jomo: PAS jangan cuba nak politikkan pula!

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. PAS tak akan politik. Jika nak tunggu PAS alamat minum air dalam tin MILO lah jawabnya.

    ReplyDelete