Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 24 June 2014

Gilakan Kuasa? Saari Sungip Bidas Pesuruhjaya PAS Selangor...

AIDCNews – 24/6/14 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hulu Kelang, Saari Sungib membidas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad yang berkata desakan menukar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) bukan hak ahli politik semata-mata sebaliknya perlu mengambil kira pandangan rakyat jelata.

“Isu meminta pandangan rakyat tidak perlu dibangkitkan kerana isu pemecatan Khalid adalah urusan dalaman (parti),”kata Saari dilaporkan FMT.

Menurutnya, tidak timbul isu meminta pandangan dari rakyat kerana Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Selangor sudah mewakili pandangan rakyat.

“Pada saya PR di Selangor iaitu DAP, PKR dan PAS telah bekerjasama dengan mantap.

“Semua perkara mengenai masalah pucuk kepimpinan akan dibincang dalam mesyuarat exco bagi menangani masalah-masalah tersebut,” katanya.

Tambahnya, PAS juga mempunyai pendirian tersendiri terhadap pentadbiran Abdul Khalid.

“Jika mempunyai masalah, kami akan berbincang dan tegur-menegur untuk menangani sesuatu masalah.

“Jika merasakan Khalid patut berundur, kita juga akan berbincang bersama di dalam mesyuarat tertinggi PR,” jelasnya.

Iskandar dalam kenyataannya kepada Harakahdaily pada Ahad berkata, isu pertukaran MB Selangor tidak wajar hanya mengambil pandangan kelompok tertentu tetapi pandangan rakyat juga perlu diambil kira.

“Pemimpin politik perlu juga turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi.

“Jangan sama sekali hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat,” katanya.

Beliau yang juga Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, berkata pada pilihanraya umum ke-13 lalu, parti-parti politik telah turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.

Maka ujarnya, adalah wajar di saat-saat seperti ini lebih-lebih lagi melibatkan perubahan besar seperti pertukaran Menteri Besar perlu juga mendapat pandangan mereka.

“Sekiranya rakyat tidak merestui jika pertukaran berlaku maka kesannya akan diterima pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Pakatan Rakyat mesti mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak rakyat.

“Biarlah pandangan kesemua kelompok dan peringkat rakyat diambil kira, bukan hanya kumpulan-kumpulan tertentu sahaja,” tegasnya....- sumber

1 comment:

  1. tentera2 dajjal yahudi dah mula tunjuk taring.hancur melayu islam.

    ReplyDelete