Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 24 May 2014

Saya Bukan Tua! Saya Berpengalaman... UNDI BN! #PRKTELUKINTAN

TELUK INTAN: "Saya bukan tua tetapi matang dan berpengalaman," kata Datuk Mah Siew Keong.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata demikian selepas DAP menggelarkannya sebagai calon tua dan kitar semula.

Sebaliknya, Mah berkata, selaku anak tempatan banyak sumbangan dapat diberikan kepada pengundi berbanding calon parti lawan yang diragui kebolehannya.

“Sekarang pihak lawan sentiasa kerjakan saya. Tajuk mereka adalah muda lawan tua. Panggil saya tua? Saya bukan tua tetapi matang dan berpengalaman.

“Yang sihat dan cergas, janganlah cakap muda lawan tua,” katanya ketika berucap di depan kira-kira 70 ahli veteran Umno kawasan Teluk Intan, semalam.

Semenatara itu, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata Mah sentiasa mengutamakan penduduk di Teluk Intan walaupun sebelum ini tidak bergelar wakil rakyat.

Katanya, pelbagai peruntukan disalurkan untuk pembangunan Teluk Intan yang sememangnya diketahui oleh penduduk setempat.

Mah berkata, beliau adalah wakil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Teluk Intan dan aspirasi penduduk kawasan itu lebih mudah dilaksanakan jika mempunyai seorang wakil rakyat dari BN.

Katanya, rekod ahli Parlimen DAP lalu selama dua penggal membuktikan pengundi tidak dijaga dan banyak usaha pembangunan tidak dapat direalisasikan.

“Saya harap saudara akan beri peluang kepada anak tempatan. Saya anak tempatan. Lahir dan kerja di sini. Bagi saya itu sangat mustahak kerana daripada rekod ahli Parlimen DAP lalu, adakah pernah mereka datang? Tak pernah.

“Daripada segi peruntukan, seorang ahli Parlimen BN dapat menolong pembangunan negara. Saya adalah wakil perdana menteri di Teluk Intan,” katanya.

PRK bagi kawasan Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya. 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Sumber : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbZdfZw==

Jomo: Aku risau kalau penduduk teluk Insan pilih budak muda 27 tahun ini jadi pemimpin, nak selesai masalah pun Susan... Nak jadi YB bukan hanya pandai bercakap tapi kena pandai buat kerja... Masalah rakyat kena selesaikan... Ni baru komplen sikit dah melata... Wartawan soal pun orang lain yang jawab... APA daaaaa.... Undi BN!!!

2 comments:

  1. JOMO,

    aku suka kalau Teluk Intan pilih Dyana,kurang lah habis duit kerjaan,tak perlu buat pembangunan di sana,hanya perlu tumpukan pada kawasan Melayu, saja,biar padan dgn muka geng DAPigs,kalau mereka mahu apa-apa mintalah dari Dyana.Kalau Mah kalah pun ok,BN tetap perentah negara.

    ReplyDelete
  2. Dua2 calon aku tak suka sebab dua2 tak beri faedah pada melayu/bumiputera. Kalau nak pilih juga pilih Dyana sebab aku nak tengok DAP boleh beri apa pada pengundi melayu/bumiputera.

    ReplyDelete