Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 20 May 2014

Peluang BN POSITIF... @NajibRazak @Zahid_Hamidi



TELUK INTAN 19 Mei - Peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini me­nunjukkan tanda positif apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong semakin mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini sejajar dengan perubahan sokongan kaum itu kepada BN seperti dalam PRK lain sebelum ini.

Menurutnya, faktor calon tempatan yang tahu apa kehendak penduduk di situ menjadi kelebihan buat Siew Keong untuk memastikan kemenangan BN.

Saya yakin akan berlaku perubahan sokongan masyarakat Cina kepada BN dalam PRK di sini se­perti PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Selangor. Malah, analisis terkini yang kita peroleh menunjukkan pengundi Cina menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi terhadap calon BN ini.

Saya yakin dengan jumlah 50 peratus pengundi di kawasan bandar dan selebihnya di luar bandar, ini akan menjadi kombinasi perubahan untuk pe­ngundi membuat keputusan memilih BN," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pengundi di Pekan Baru, di sini hari ini.

PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertan­dingan satu lawan satu antara Siew Keong yang mewakili BN dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Ahmad Zahid yakin senario berbeza bakal berlaku dalam PRK ini setelah Siew Keong kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, pada PRU lalu, beliau sendiri meramalkan Siew Keong akan menang tetapi akhirnya tewas kerana sentimen yang tidak memihak kepada BN.

Sebagai Presiden Gerakan, sudah pasti ada pertimbangan tertentu terutamanya dari segi pembangunan dan kemudahan yang akan dibawa di kawasan ini jika beliau diberi mandat sebagai wakil rakyat di sini," ujar beliau.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140520/po_04/Pengundi-Cina-sokong-calon-BN---Zahid#ixzz32ENVAWpv
 Utusan Melayu (M) Bhd

Jomo: Pengalaman amat penting dalam mengendalikan urusan rakyat... ni nak harap minah yang baru setahun jaggung? Soalan media pun Lim Kit Siang tolong jawabkan... ni nak selesai masalah rakyat? Pergi kerja dululah...

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Apa ni masih tak mau balajar dari yg lepas ka , Kalau ya pun tak payah nak bisingx2 dah banyak kali BN kena tipu dengan undi cina , patut buat bodoh je dengan cina ni.

    ReplyDelete
  2. BN memang nak cari kekalahan, sdg DAP nak cari kmngn......bijak DAP ltk calon Melayu bila tahu Cina pusing undi BN..........tapi betul ka Cina nak undi BN?

    ReplyDelete
  3. Sje nk tengok nnt....pjuang bangsa mngundi Melayu ke Cina !!!!!!!!!!!

    ReplyDelete