Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 13 May 2014

MB Undur? Salah Siapa? Besarkah Dosa Mat Said? Cc @NajibRazak









Berita mengejutkan Dan cukup panas diperkatakan ketika ini adalah mengenai perletakan jawatan Dato Seri Ahmad Said sebagai ahli UMNO... Keadaan yang kelam kabut berlaku cukup pantas dan sedikit huru hara ini pastinya menjadi senjata yang berguna kepada pembangkang... (Mungkin pemimpin atasan ni tak fikir kot...?)

Penulis bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak namun secara peribadi penulis melihat sesuatu yang pelik berlaku di Terengganu... Khabar mengenai pertukaran MB Terengganu ini dah lama cuma tiada kepastian namun APA yang berlaku semalam sememangnya sesuatu perkara yang tidak patut berlaku...

Penulis awalnya tidak percaya dalam keadaan Terengganu tidaklah berada dalam keadaan yang teruk... Pertukaran MB Secara tergesa-gesa nampak janggal dan tidak boleh diterima akal... Samada ini soal peribadi ITU urusan PM Najib dan Mat Said, cuma bagi penulis merasakan ianya tidak patut berlaku dalam keadaan sebegitu...

TUN mahathir serahkan jawatan kepada Pak Lah dan Paklah serahkan jawatan kepada PM Najib Secara cukup berhemah... Kenapa di Terengganu tak boleh buat seperti ITU!? Besar sangatkah dosa Mat Said sampai peralihan kuasa pun terpaksa dibuat secara tergesa-gesa dan penuh dengan konflik? Teruk sangatkah UMNO Terengganu sampai jadi begini? Ini satu tindakan yang tak boleh diterima akal, apatah lagi UMNO berada dilandasan yang cukup baik untuk memperbaiki imejnya ketika ini...

Aku tak kisah siapapun yang PM Najib nak pilih, tapi, Cara begin ini Aku sendiri tak setuju... Apa penasihat-penasihat PM ni buat?

Kami berjuang demi kerajaan jadi Aku tegur ini untuk kebaikan bersama...

JOMO: Dengarnya Mat Said Ada minta PM untuk tangguhkan peralihan kuasa selepas anaknya berkahwin... APA nak jadi!!! Gunalah kuasa sebaiknya ketika kita berkuasa...

10 comments:

  1. Kesilapan besar Najib, terserlah kelemahan Najib yang dua kali lima Pak Lah. Terlalu bergantung dengan punasihat yang nembawa punah.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dan amat bersetuju dengan article ini.Apa nak jadi dengan pimpinan atas UMNO. Saya yakin UMNO akan kecundang dalam PRU 14 ini. Ada ke bawa berbincang dengan semua ADUN BN sebelum satu keputusan tu di buat. Memperlekehkan mantan MB ini cukup terhina dan seolah taida jasanya di dalam UMNO.Apa nak jadi dengan PM kita ini makin lama sudah hilang kredibilitinya. Cakap bergegar dalam setiap ucapannya tetapi hanya retorik sahaja.

    ReplyDelete
  3. mungkin pm ada sebab dan tak nak mengaibkan mb. ... bersangka baik ajalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taknak aib kan apa bendenya? Orang tu minta tangguh 4 ari je, bukannya sebulan.
      Kenapa halau right there and then?

      Mat Said ada buat dosa besar apa hingga tak boleh tangguh?

      Delete
  4. Akar umbi, golongan wanita berusaha sungguh2 memast umno menang ...Pemimpin golongan atasan bercakaran berebut tahta...
    Rakyat sedang menilai...

    ReplyDelete
  5. Jatuh bangun, harap Idris naik semula, kembalikan maruah UMNO Trengganu. Mat Said gagal. Memang patut dia di buang terus.

    ReplyDelete
  6. kalau ye pun takkan pasal tu nak kluar parti? nampak sangat berpolitik semata2 nakkan jawatan...hilang jawatan..hilanglah perjuangan....

    azhar

    ReplyDelete
  7. Dua2 pihak ada salahnya... cuma cara pihak atasan kendalikan isu ini cukup memualkan... xda isu buat isu...

    ReplyDelete
  8. tadak pasai cari pasai. dah takdak penyakit sangatkah umno sampai najib nak create penyakit? akai ada ka najib oiii. kalu mat said ni memang kaki ugut, pasai pa tak buang dulu?

    ReplyDelete
  9. Bubar je DUN, tengok pilihan rakyat, ade BN berani ?

    atau BN tegas pada org Islam je dan berlemah-lembut dgn org bukan islam.

    Hayatilah surah Al-Fath ayat akhir -
    [29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam) ... hingga akhir ayat.

    ReplyDelete