Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 1 May 2014

Brunei HARAMKAN Perkataan2 Ini Untuk Kafir...




BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu. Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan  atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya

http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/brunei-haram-19-perkataan-untuk-bukan-islam-1.275805


Jomo: Alhamdulillah, sebuah negara kecil yang majoriti muslim cukup ramai akhirnya berjaya melaksanakan hukum hudud... Kita sebagai rakyat negara jiran akan mendoakan negara brunei akan menjadi negara contoh kepada yang lain...

Iniah kesanna apabila negara ditadbir atas kuasa mutlak sultan... muslim negara ini bersatu padu... tapi kena ingat, walaupun kita sebagai negara jiran, situasi negara kita cukup berbeza dengan mereka... teruskan berdakwah secara berhikmah!

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Undang2 Islam iaitu hukum hudud adalah meliputi org Islam n bkn Islam..tiada yg terkecuali..ini bru hkmn yg adil..

    ReplyDelete