Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Thursday, 24 April 2014

Tuduh Tun Daim Rasuah? @anwaribrahim Kencing Lagi...



Tun Daim Zainuddin semalam mendedahkan bahawa beliau pernah dua kali disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, namun tiada tindakan lanjut diambil.

Daim menjelaskan, sekitar tahun 1996-97 ketika Anwar dalam Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri pernah membuat laporan dan melakukan siasatan ke atasnya.

“Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

“Masa tu dia (Anwar) Menteri Kewangan dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Kabinet mengenai rasuah. Kenapa tak ambil tindakan jika saya ada melakukan penyelewengan? Lepas kena buang daripada parti UMNO, semua dia kata tak betul,”

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan mempunyai akaun di luar negara hasil penyelewengan semasa beliau dalam Kabinet.

Daim turut berkata, jika Ketua Pembangkang itu mempunyai bukti berhubung perkara itu, Anwar sepatutnya membuat laporan terperinci kepada pihak berkuasa dan bukannya memperbesar-besarkan isu yang tidak sahih.

“Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan Presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

“Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini ‘kaki goreng’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini. sumber

Jomo: Aku cukup hairan dengan Anwar dan konco-konco syaitan yang lain... Orang Melayu majupun tak senang diri... Tapi dulu (kalau Tun Daim ini benar-benar bersalah) bila berkuasa tak nak pula siasat dan ambil tindakan terhadap Tun Daim ni...

Memang Raja Pusinglah manusia jahat ini... Dahlah cuba palsukan hadis... tapi, lagi pelik lagi ada juga yang tak sedar diluar sana... Kasihan!

6 comments:

  1. Yang Menuduh memang suka menuduh..

    Yang Dituduh pulak kalau TAK BETUL...

    Apa tunggu lagi SAMAN LAA kalau berani???????????????????

    ReplyDelete
  2. Mana dia berani nak SAMAN Anwar Berahim... nanti takut segala Pekungnya terkeluar sekali di akhir hayat..

    Nanti lagi cepat mati..

    Dok Diam-Diam dah ler... Apa pasal tak pergi ke Indonesia lagiii..

    Takut Ker..

    ReplyDelete
  3. kalau saman anwar,tahun 2020 pun belum tentu settle.tangguh,tangguh, dan tangguh...

    ReplyDelete
  4. Anon 08:44
    Cuba jelaskan satu persatu apa yang dikatakan PEKUNG itu. Orang di SPRM sangat berminat untuk tahu. Tapi mestilah disertakan dengan fakta dan bukti yang kukuh. Bukannya setakat "saya dengaq depa kata....."
    Jadilah rakyat yang beriman dan bertanggungjawab

    ReplyDelete
  5. anon 08:44
    masih istiqomah untuk mempercayai anwar ibrahim? beginilah wahai anon 08:44, kamu boleh sertai apapun parti asalkan ia berdaftar dan sah. bagaimanapun kamu kena juga gunakan akal untuk berfikir dan mengkaji adakah anwar ibrahim ini manusia jujur, adil, tidak korup dan betul2 berjuang untuk rakyat, bukan diri sendiri. setakat ini anwar ibrahim hanya kuat gebang dipentas ceramah kononnya ada bukti itu ini dan sentiasa dedah kes itu kes ini sampai terkeluar anak tekak. mana bukti? dalam kes tuduhan korap dan rasuah daim, semasa dalam kabinet lagi anwar dah lapor. jika benar daim ada kes, dah tentu daim terhumban ke dalam sebab anwar ibrahim adalah timbalan PM! apa yang terkandung dalam perlembagaan PKR semua bagus dan bertujuan untuk rakyat, cuma manusia anwar ibrahim ini yang selalu merosakkan apa yang terkandung dalam perlembagaan tersebut. kenapa anwar ibrahim tarik diri dpd bertanding jawatan presiden PKR? sebab nak halang orang lain menerajui PKR. hanya dinasti anwar layak memimpin PKR. takkan benda mudah beginipun kamu tak boleh analisis. aku tak fikir kamu terlalu bodoh untuk faham.

    ReplyDelete