Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 8 April 2014

Tawaran RM501.00 Buat Yong Tak Lena Tidur... cc @Zahid_Hamidi




Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee yang kian hilang arah dan kian pudar populariti ini terkejut dengan tawaran Menteri Dalam Negeri untuk memberi rm501.00 kepada beliau untuk menampar sendiri Menteri Daam Negeri... Itupun jika beliau berani...!!!

Yong yang sebelum ini cuba mempopularkan diri beliau sendiri dengan membuat tawaran bodoh (RM500) kepada sesiapa yang berani menampar DS Zahid Hamidi... Tawaran yang difikirkan sebagai kenyataan dangkal oleh seorang bekas Ketua Menteri tersebut menjadikan beliau dianggap sebagai seorang yang cukup bodoh...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik. – UTUSAN ONLINE

JOMO: Dia ingat rakyat ni bodoh macam dia nak ambil RM500.00 semata-mata untuk tampar menteri KDN...? Aku tahulah kau dah tak popular, jadinya jangan berlagak pandai... MEMALUKAN!!! Yong!!! Ada berani???

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment