Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Saturday, 19 April 2014

Rupanya Kesalahan HUDUD Sudah Ada Dalam Perlembagaan...?



KATEGORI KESALAHAN HUDUD

Hudud adalah satu bentuk perundangan jenayah (jinayat) yang memperuntukkan hukuman yang spesifik keatas 6 bentuk kesalahan (ada juga yang menambah satu lagi kesalahan iaitu bughah – pemberontakan menjadikan ianya 7 kesalahan hudud) iaitu:

1. Syurb – kesalahan berkaitan peminuman arak yang hukumannya sebanyak 40 kali sebatan (Al-Maidah 5:90) ;

2. Qazaf – kesalahan berkaitan membuat tuduhan zina terhadap wanita terhormat (ada yang memasukkan lelaki juga) dengan hukumannya sebanyak 80 kali sebatan (An-Nur 24:4);

3. Zina – kesalahan melakukan zina oleh lelaki atau wanita Muslim tanpa nikah yang sah dengan hukumannya dengan rejam sampai mati (jika ia mohsan – pernah melakukan hubungan kelamin suami-isteri melalui pernikahan yang sah) atau disebat 100 kali (jika ia ghairu mohsan – atau belum pernah melakukan hubungan kelamin melalui pernikahan yang sah) (An-Nur 24:2);

4. Sariqah – kesalahan mencuri dengan hukumannya spesifik dipotong tangan (Al-Maidah 5:38);

5. Hirabah – kesalahan merompak dengan kekerasan dengan hukumannya dibunuh (jika ada yang terbunuh semasa rompakan itu) atau didipotong tangan dan kaki bersilang (jika tidak ada menyebabkan kematian) (Al-Maidah 5:33);

6. Irtiddah atau riddah – kesalahan murtad iaitu keluar daripada aqidah Islam dengan niat dan sengaja tanpa paksa dengan hukumannya hendaklah dihukum bunuh jika ingkar atau enggan bertaubat (Al-Baqarah 2:217);

7. Bughah – kesalahan pemberontakan terhadap Kerajaan memerintah dengan cara kekerasan tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syari’e.


KESALAHAN HUDUD DIDALAM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Daripada senarai kesalahan-kesalahan hudud diatas, sebenarnya ianya sudah pun diperuntukkan didalam perundangan didalam Malaysia seperti berikut:

1. Syurb - kesalahan meminum arak – Seksyen 19 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (dan dalam semua Enakmen Syariah negeri) dengan hukuman denda sebanyak RM3,000-00 atau penjara 2 tahun (jika minum) dan denda RM5,000-00 atau penjara 3 tahun dengan penguatkuasaan di Mahkamah Syariah;

2. Qazaf - kesalahan tuduhan zina – Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (dan dalam semua Enakmen Syariah negeri) dengan hukuman denda RM5,000-00 atau penjara 3 tahun dengan penguatkuasaan di Mahkamah Syariah;

3. Zina – kesalahan zina – Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (dan semua Enakmen Syariah negeri) dengan hukuman denda RM5,000-00 atau penjara selama 3 tahun atau sebat sebanyak 6 kali dengan penguatkuasaan di Mahkamah Syariah;

4. Sariqah – mencuri – Seksyen 379 Kanun Kesiksaan dengan hukuman penjara tidak melebihi 7 tahun penjara dan/ atau denda dengan penguatkuasaan di Mahkamah Sivil;

5. Hirabah – merompak – Seksyen 392 Kanun Kesiksaan dengan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan/ atau denda dengan penguatkuasaan di Mahkamah Sivil;

6. Irtiddah / Riddah – murtad – terkandung didalam hamper semua Enakmen Syariah Negeri-Negeri dengan hukuman berbeza tetapi tidak melebihi denda RM5,000-00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan dengan penguatkuasaan di Mahkamah Syariah;

7. Bughah – pemberontakan – Seksyen 121 Kanun Kesiksaan dengan hukuman bunuh dengan gantung sampai mati dengan penguatkuasaan di Mahkamah Sivil.

Jadi kita dapat melihat bahawa sebenarnya kesemua kesalahan hudud iaitu syurb, qazaf, zina, sariqah, hirabah, irtiddah/riddah dan bughah sudah pun ada peruntukkan didalam undang-undang Malaysia samada dalam bentuk Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri-Negeri atau Kanun Kesiksaan.

Apa yang berbeza ialah ialah hukumannya!

Ringkasnya, peruntukkan mengenai kesalahan hudud sudah ujud dan dilaksanakan dalam negara ini, cuma hukumannya berbeza.


Jomo: Semua pihak kena bermuhasabah diri...

No comments:

Post a Comment