Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Tuesday, 22 April 2014

Rombakan Kabinet! PM @NajibRazak Pilih Siapa...?


Desas-desus rombakan kabinet yang dikatakan berlaku pada bulan april masih menjadi tanda tanya... Kalau sebelum ini difahamkan PM Najib akan umumkan rombakan kabinet selepas PRK Kajang, sehingga hari ini PM masih belum mebuat sebarang keputusan... Apakah mungkin, selepas lawatan Barrack Obama ke Malaysia, rombakan kabinet Malaysia akan dibuat...?

Pastinya, beberapa Menteri yang dilihat tidak memberikan persembahan yang baik semasa memimpin bakal diketepikan... Tapi siapa?

Pemilihan Agong UMNO sudah selesai begitu lama, tapi, belum ada kabinet bayangan yang diura-urakan... Mungkinkah PM Najib berpuas hati dengan kabinet sekarang...? Tapi, kelihatan ada beberapa orang yang sepatutnya tidak dimasukkan dalam kabinet yang akan datang... itupun kalau sedarlah!

Kalau sebelum ini, jawatan Ketua Puteri UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO turut tersenarai dalam kabinet Malaysia, tetapi, sehingga kini status mereka masih belum terjawab... begitu juga dengan MCA yang sebelum ini (kepimpinan lama) tidak menerima apa juga tawaran untuk jawatan dalam Kabinet, tetapi, selepas pemilihan baharu, kepimpinan MCA melihat perlu ada Wakil MCA dalam kabinet Malaysia... Justeru, siapa juga yang pegang jawatan memangku perlu melepaskan jawatan tersebut untuk diberikan kepada mereka yang lain...

Apa pula yang berlaku dengan Menteri Besar??? Betulkah PM tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa orang MB?? Apakah mereka juga bakal digugurkan???

Semua persoalan ini jawapannya hanya ada pada Perdana Menteri Malaysia...

Jomo: Aku doakan yang terbaik... Semoga kabinet akan datang lebih kehadapan dan tegas... Paling penting kabinet ini adalah pasukan, kena bantu antara satu sama lain... jangan hanya menunding jari kepada yang lain... Buat kerja!

Janganlah ada kali ini pemimpin yang 'bernasib malang'...hehehe


2 comments:

  1. JIka ditanya saya , saya lebih selesa mencadangkan MB Perak dinaikkan pangkat ke Kabinet Pusat maka rakyat Perak boleh beranggapan MB Perak bukan digugurkan sebaliknya dinaikkan pangkat , paling tidak Timbalan Menteri

    ReplyDelete
  2. Untuk kosmetik, touch-up turun pangkat, tukar menukar, tamat menamat perlantikan baru mampu memberi wajah baru tetapi tidak banyak perubahan selagi Najib kekal.

    Perlukan najib letak jawatan? Sudah tentu dlm keadaan sekarang mustahil !
    Moral of the story - jangan letak harapan terlalu tinggi--- kerajaan sekarang kerajaannyg sudah maksima, dah gear 9...tak ada lagi gear 10.

    ReplyDelete