Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 April 2014

Pemilihan PKR Kotor??! Rodziah Bidas 'Fitnah' Zuraidah... "Mak Lampir Lari Bertempiaran..."



Selingan sedikit pemilihan PKR yang dikatakan bakal membawa politik baharu kepada rakyat Malaysia... Mencanangkan UMNO itu dan ini, tapi, hakikatnya, mereka menghadapi masalah yang boleh dikategorikan sebagai permainan politik kotor bila melibatkan pemilihan...

Tuduh menuduh, umpama permainan biasa... Walhal, mereka inilah manusia yang mahu menjadi hero kepada rakyat Malaysia dengan menyatakan parti memerintah tak BETUL... Adakah mereka betul??? Cakap orang mereka yang lebih...

Yang seorang menuduh, yang seorang menafikan, yang seorang kata ya, yang seorang kata tidak, tapi yang lebih teruk lagi ada seorang tu, kalau dahulu semuanya OK, tapi bila dah tak berkuasa semuanya TAK OK... dengan yang ini cakap lain, dengan yang itu cakap lain, semua pun jadi pening...

"Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah. 
"Kalau ada fakta buktikan. Ahli PKR dah matang, buktikan dan berani cakap perkara benar tetapi jangan bawa politik kotor. 
"Saya ambil pendekatan JPP berkali-kali menasihatkan kalau ada bukti tampil ke hadapan bawa aduan dan Jawatankuasa Disiplin akan kaji untuk tindakan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini. 
Zuraida semalam mendakwa pihaknya menerima aduan wujudnya salah guna kuasa kerajaan negeri menjelang Pemilihan PKR 2014, namun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat sebaliknya mahu JPP menyiasat dakwaan tersebut. 
"Kita tidak mahu mereka menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti. 
"Jangan gunakan kuasa itu, parti (pusat) juga ada kuasa... (jadi) pergelutan mungkin ada di situ," kata Zuraida kepada The Malaysian Insider. 
Rodziah turut menafikan dirinya menyalahgunakan kedudukannya sebagai Exco Selangor dan menggunakan jentera pentadbiran negeri untuk berkempen. 
Beliau berkata dirinya dan pemimpin PKR lain termasuk Exco Selangor Elizabeth Wong dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat lari daripada persepsi mereka merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri. 
"Saya tak gunakan cara tersebut. Kalau saya keluar berkempen sekali pun daripada sudut kewangannya itu daripada hasil tiitk peluh saya, gaji saya sendiri," tegasnya. 
Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga itu berkata sebagai ahli politik yang matang Zuraida tidak sepatutnya menimbulkan persepsi sedemikian di kalangan ahli. 
"Persepsi tak semestinya betul. Memulakan persepsi negatif itu membimbangkan saya.
"Dalam tempoh kempen yang sihat ini membawa budaya negatif dan fitnah itu kita harap jangan dibudayakan dalam kempen pilihan raya kali ini," katanya...-sumber
Jomo: Macam inilah berlaku, Kalau tiada kuasa akan cakap yang macam-macam kepada yang berkuasa... Kalau dah berkuasa, lain pula isunya... Jadi, aku nak bagitau kepada semua rakyat Malaysia, jangan nak percaya sangat kata-kata mereka ini (PKR)... Cakap depan lain, realitinya pun lain... Tengoklah sendiri apa yang berlaku!

2 comments:

  1. SAYA HANYA SUKA MENDENGAR ORANG POLITIK BERCAKAP,TETAPI UNTUK PERCAYA JAUH SEKALI. TAK KIRALAH DIANYA DARI PARTI APA!

    ReplyDelete
  2. Rasa-rasanya Zuraidah sudah berjaya mengumpul kekayaan yang banyak berbanding dengan YB Rodziah yang tidak menunjuk sebarang kekayaan walaupun dah jadi EXCO Selangor 2 penggal.

    ReplyDelete