Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 13 April 2014

Koyak Passport: Polisi Lama Jadi Mainan Samseng Tong Gas... cc @NajibRazak @Zahid_Hamidi



Isu BOC ini terus menjadi topik hangat dalan media sosial... yang menariknya, media aktivis pro BN hampir terperangkap dalam isu ini, nasib baik sahaja Menteri KDN menjelaskannperkara yang sebenar berlaku...

Pelik, hanya kerana mesej yang di 'foward' secara berantai boleh menjadi senjata kuat kumpulan RBA menyerang kerajaan... ng wei aik YB yang terlibat dalam mempopularkan berita sensasi ini menjadi asas kepada penggiat media baru untuk terus mensensasikan cerita ini tanpa usul periksa...

Aku hairan, ada juga yang percaya yb DAP ini... walhal, sebelum ini bukan main lagi mengatakan apa juga kata-kata yang keluar daripada musuh itu ada niat memburuk-burukkan BN... Permainan mudah RBA jelas mengucar kacirkan jentera BN sekejap, tapi Alhamdulillah, bila kita dipihak yang benar, yang atil pasti akan kalah...

Selepas penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai hal ini, ada juga yang masih bersuara sumbang... hakikatnya, isu BOC ini adalah polisi lama yang diteruskan oleh Menteri Dalam Negeri ketika ini...

Sebagai pemakluman semua, setelah diusulkan oleh kerajaan UK, menteri dalam negeri yang sebelum ini (pada tahun 2011) telah mencadangkan agar kerajaan UK menghantar pulang pemegang passport BOC ke Malaysia dan keputusan ini   membabitkan diantara dua negara Malaysia dan United Kingdom..

Berikut adalah cadangan bala menganai perkara tersebut... perlu diingat, polisi yang dibuat terutamanya yang membabitkan dua negara ini bukan mdah nak diketepikan atau dibatalkan...

a. Kerajaan Malaysia tidak akan memberikan taraf kewarganegaraan secara automatik kepada mereka namun, sebagai alternatif hanya akan mengeluarkan Pas Residen. Ini membolehkan pemegang pasport BOC berada di Malaysia secara sah selaras dengan peruntukan perundangan sedia ada iaitu Peraturan 16A, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.Di bawah peruntukan ini, mana-mana bekas warganegara yang ingin berada di dalam negara boleh memohon Pas Residen sebagai kebenaran untuk tinggal di Malaysia dalam tempoh yang dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudahan Pas Residen bagaimanapun tidak memberikan sebarang taraf kepada pemegang pasport BOC.Sekiranya pemegang pasport BOC yang kembali ke Malaysia dan memegang Pas Residen ingin mendapatkan kembali taraf kewarganegaraan, mereka perlu melalui proses yang sama seperti mana warga asing lain iaitu mengemukakan permohonan Permit Masuk, seterusnya permohonan taraf Pemastautin Tetap dan taraf Kewarganegaraan.

b. Pas Residen ini perlu dipohon semasa berada di United Kingdom melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Mereka hanya boleh berlepas ke Malaysia setelah permohonan mereka diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Semua pemegang passport BOC yang diluluskan dengan Pas Residen disyaratkan menaiki penerbangan terus ke Malaysia.

c. Pas Residen akan ditampal di dalam pasport BOC mereka sebaik tiba di pintu masuk dan sebelum mereka melangkah keluar dari terminal. Satu kaunter khas disediakan di KLIA bagi memudahkan mereka melapor diri. Penyediaan kaunter khas ini juga memudahkan pihak JIM mengesan pemegang pasport BOC dan mengelakkan mereka masuk ke dalam negara tanpa pas yang sah. Ini adalah penting bagi memastikan pemegang pasport BOC tidak melanggar undang-undang imigresen dan menghadapi risiko ditahan kerana tidak memiliki suatu pas yang sah. Kaunter khas ini hanya dibuka pada hari ketibaan pemegang pasport BOC dan pihak Imigresen tidak pernah menyediakan laluan khas untuk mereka.

d. Seorang pegawai imigresen akan bertugas di KLIA ketika tarikh ketibaan pemegang BOC. Pegawai ini akan memastikan pemegang pasport BOC yang tiba dikeluarkan dengan Pas Residen dan diberikan taklimat mengenai peraturan yang ditetapkan kepada pemegang Pas Residen; dane. Atase Imigresen di United Kingdom, serta pegawai-pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri hendaklah memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas kepulangan pemegang pasport BOC sekiranya terdapat persoalan yang diajukan kepada mereka.

Jomo: DS Zahid hanya melaksanakan polisi yang telah dipersetujui sebelum ini... justeru, kita jangan mudah terpedaya mainan politik syaitan yb tong gas yang tak guna tu... jangan kita mudah tertewas dengan game percaturan RBA...

Aku percaya DS Zahid Hamidi takkan pernah sekali gadai prinsip perjuangannya... Jadi, tohmahan-tohmahan dan tuduhan yang tidak berasas terhadapnya terutamanya yang melibatkan kes BOC ini tidak lebih hanyalah cubaan untuk memburukkan beliau...

Baca juga http://www.pisau.net/koyak-pasport-polisi-di-persetujui-sejak-2011-ng-wei-aik-tundukkan-kdn/

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment