Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 21 April 2014

Karpal MATI Di Penang, Budak-Budak Ini Anjur Pesta LIAR...?


Sedih aku tengok buak-budak masa kini, kebebasan dalam pergaulan menjadi punca kepada kerosakan akhlak yang cukup menakutkan... Sangat menakutkan untuk ibubapa alaf baru untuk menjaga nak-anak mereka... Pulau Pinang yang baru sahaja dikejutkan dengan kematian Karpal Singh, tapi, sekali lagi dikejutkan dengan satu pesta liar yang cukup menakutkan!

Georgetown: Enam puluh daripada 88 individu yang ditahan dalam satu pesta dadah dan arak di sebuah banglo yang disewa di Jalan Masjid Negeri, di sini semalam, direman empat hari untuk siasatan. 
Mereka antara kumpulan 50 lelaki dan 38 wanita berusia 16 hingga 35 tahun termasuk 15 pelajar yang memenuhi kediaman inap desa itu, kononnya menghadiri sambutan hari jadi seorang ahli perniagaan sebelum majlis bertukar menjadi pesta liar apabila kebanyakan pengunjung mengambil syabu, ganja dan minuman keras. 
60 positif dadah
Semua yang ditahan dalam operasi kira-kira jam 2.45 pagi itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut sebelum hasil ujian awal air kencing mendapati 60 daripada mereka, membabitkan 35 lelaki dan 25 wanita, positif dadah dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-BH

Jomo:  Apa nak jadi??? Mana MANUSIA yang cuba menjadi Khalifah Umar Abdul Aziz tu??? Kenapa tiada kaedah membendung perkara jadil seperti ini??? Nauzubillah! Semoga kita dijauhkan!!!

1 comment:

  1. Mereka celebrate karpal mati kot?

    ReplyDelete