Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Wednesday, 9 April 2014

Hot! N.Surendran Peguam Bangsa India Yang Diketepikan...? @anwaribrahim


Macam-macam Anwar ni, satu kes ke satu kes yang lain... Asyik muka dia jer kat mahkamah tu... Tapi takpalah, mungkin beliau memilih kehidupan sebegitu rupa...

KUALA LUMPUR 8 April - Syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) berjaya dalam permohonannya untuk mengetepikan peguam N. Surendran daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM100 juta yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi di sini, Rosilah Yop memutuskan demikian hari ini selepas bersetuju dengan hujah syarikat akhbar tersebut bahawa kedudukan Surendran sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertentangan dengan Perkara 5 Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976.

Menurut peruntukan tersebut, seseorang peguam bela atau peguam cara tidak sepatutnya menerima pelantikan sekiranya terdapat kesukaran untuk mengekalkan kebebasan dalam profesion mereka.

Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan UMMB untuk mengetepikan firma guaman Tetuan Daim & Gamany daripada mewakili Ketua Pembangkang itu kerana tiada konflik kepentingan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Anwar selepas prosiding di kamar hakim di sini.

Beliau turut menyatakan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mengetepikan pelantikan Surendran itu.

Sementara itu, peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili UMMB memaklumkan akan memfailkan rayuan terhadap perintah mahkamah yang tidak membenarkan permohonan anak guamnya untuk mengetepikan firma guaman berkenaan.

Selain itu, beliau memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan rasmi bagi menangguhkan perbicaraan kes saman tersebut yang dijadualkan pada 14 dan 15 April ini. - sumber

Jomo: Korang tak boring tengok muka anwar dan ambiga ni? Asyik dorang jer, rakyat pun dah cukup muak dengan manusia-manusia ini... 

1 comment:

  1. Biarkan...sepandai-pandai karpal belayar, akhirnya tenggelam juga.

    ReplyDelete