Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 20 April 2014

Ali Tinju Menipu? Banyak Duit Bang?



KUALA LUMPUR 12 Jan. – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), (Datuk) Mohd. Ali Baharom memohon maaf kepada semua pihak yang mengenalinya dengan gelaran ‘Datuk’ sebelum ini kerana ia sebenarnya palsu dan tidak diperakukan.

Menurutnya, kesilapan itu perlu diakui dan diperbetulkan segera memandangkan beliau kini bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan tidak mahu ia disalah anggap pada masa depan.“Hari ini saya mahu membersihkan nama saya dengan memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak termasuk media kerana menggunakan gelaran ‘Datuk’ yang telah saya ‘beli’ pada 2006 dengan RM250,000.

“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mohd. Ali memakai gelaran itu yang kononnya dianugerahkan oleh institusi diraja dari sebuah negeri di bahagian utara Semenanjung pada 2006 menerusi seorang ejen dan ahli kerabat institusi itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada ahli kerabat itu memandangkan individu tersebut telah diisytihar muflis beberapa tahun lalu.Menceritakan pengalamannya, kata Mohd. Ali, ‘nafsu’ untuk memakai gelaran ‘Datuk’ pada masa itu timbul kerana berfikiran ia boleh memudahkan urusan perniagaannya sebagai kontraktor.

Namun, katanya, ia tidak lagi perlu kerana menginsafi gelaran itu diperoleh secara palsu dan berpendapat ia boleh mendatangkan kemudaratan kepadanya dari segi sosial dan ketuhanan pada masa depan.

Jomo: wahhhh... Baru sekarang huat pengakuan? Senang jer minta maaf kan, tak tahu berapa orang dah yang kau tipu... Untuk Ali Tinju, sepatutnya kau senaraikan berapa orang yang telah tertipu dengan kau...

Aku hairan, bekas tentera boleh beli title datuk? Duit dapat dari mana bang? Takkanlah pencen tentera sampai 1 juta?

Takkanlah ahli-ahli PVTM diam jer? Tanyalah presiden korang tu, darimana dapat duit sampai juta... aku cadang korang jadikan usul perbahasan dalam mesyuarat agung PVTM... Bagi aku Ali Tinju ni tak layak jadi pemimpin sebab menipu... Bila mesyuarat agung PVTM? Atau memang tak pernah bermesyuarat?

Mungkinkah laporan SPRM telah dibuat?

Aku tak kenal ali tinju ni tu lah sebab kenapa aku tanya... takkan diam jer! Jangan kemaruk jadi Datuk!


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment