Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Monday, 24 March 2014

Kit Siang GAGAL... PRK Kajang Buktikan Anwar Semakin Tumpul...



Macam-macam ulasan disebalik kemenangan PKR pada Pilihanraya Kecil Kajang semalam... Peningkatan UNDI Cina kepada BN menjadi persoalan yang cukup menarik... Mungkinkah ini adalah turning point yang terbaik untuk melihat BN terus menjadi sandaran terbaik orang cina selepas ini...

Jelas, Wan Azizah yang memenangi DUN dengan undian 16741 berbanding Chew Mei Fun yang memperolehi 11362. Majoriti 5379. Penurunan Majoriti yang cukup ketara berbanding pada PRU13 yang lepas dimana mereka memperolehi 6824 majoriti.

Lebih memalukan, aku dengar Kit Siang (Pengerusi DAP yang sudah TUA) difahamkan mahu memastikan Calon BN hilang Wang deposit tak kesampaian...hahaha  Tambahan lagi, cadangan pelik daripada beliau yang mahukan Wan Azizah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang cukup jelas memperlihatkan DAP sudah tidak mampu ebrgantung kepada Anwar Ibrahim... Sebenarnya, Kit Siang ni patut sudah berundur dari arena POLITIK... IDEA beliau sudah ketinggalan zaman, patut duduk di rumah diam-diam lah... Zaman beliau sudah berlalu, sudah tidak produktif dalam bidang politik... tapi, HAIRAN orang DAP sendiri tak berani SOUND Kit Siang...

Kempen PKR yang telah bermula awal terutamanya di kawasan-kawasan Bukan Melayu dilihat sebagai gagal, walaupun ANWAR sendiri yang turun ke kawasan... Peningkatan UNDI Cina kepada BN memberi mesej jelas bahawa Orang Cina juga masih bergantung harap kepada BN...

Namun begitu, BN juga kena muhasabah diri... Lihat dimana kelemahan kita... Apakah yang terjadi dengan statistik pengundian orang melayu? Ada yang menyatakan BN perlu letak Calon Melayu untuk lawan Wan Azizah... Tapi, itu biarlah pucuk pimpinan fikirkan, kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik... 

Kepada ADUN baru, Wan Azizah kena jalankan tugas... Kena selalu turun Kajang... Jangan ikut suami balik Permatang Pauh jer... Pengundi jangan ditinggalkan... Tunaikan tanggungjawab... Jangan pula berdendam dengan mereka yang tidak menyokong kamu! 

Jomo: Anwar semakin hari semakin TUA... tenaga untuk berpolitik pun sudah tidak bermaya... jadinya, PKR kena cepat-cepat buat perancangan seterusnya... Wan Azizah jadi Menetri besar Selangor? Satu lagi dilema PKR yang hanya kuat di Selangor...

c.c. Khalid Ibrahim selaku ketua jentera pilihanraya membuktikan beliau boleh laksanakan tugas parti. apa jadi dengan Azmin Ali? Perebutan Timbalan Presiden PKR pastinya PANAS!!!

No comments:

Post a Comment