Frenz Of Tentera Negara

Selamat datang Ke Blog TENTERA NEGARA. Tulisan untuk bacaan, berdasarkan pertimbangan penulis. #IniBlogBukanKauYangPunya

Sunday, 2 March 2014

Keterbukaan @Zahid_Hamidi VS Kejumudan Otak Media Pembangkang Macam mkini... @malaysiakini @NajibRazak


Aku pelik seorang Menteri yang dijemput sebagai VIP untuk menyampaikan hadiah dalam satu majlis menjadi topik yang terus dijaja tanpa melihat pengiktiran terhadap Menteri tersebut dan objektif majlis tersebut secara keseluruhannya... Malaysia Sosial Media Week @WSMW adalah program anjuran NGO bagi memberi perhargaan kepada pemain-pemain media sosial di Malaysia... Selain memberi penghargaan, ianya adalah platform kepada pemain-pemain media ini untuk bersama-sama berkongsi atas semangat untuk menyemarakkan lagi perlaksanaan media baru di negara ini...

Difahamkan DS Zahid dijemput atas faktor keterlibatan beliau sebagai antara pemimpin negara yang yang aktif dalam media sosial... Ini adalah pengiktirafan yang bermakna apatah lagi PM Najib juga pernah terlibat dalam program MSMW pada tahun lepas... Kehadiran DS Zahid ke program ini jelas menunjukkan beliau seorang yang cukup profesional dan pastinya signal yang cukup jelas beliau juga mendokong agar media sosial di negara ini terus disemarakkan...

Mkini menjadi satu antara ramai pemenang yang lain, namun, apa yang peliknya, penyampaian hadiah kemenangan kepada mkini oleh DS Zahid dijadikan isu besar oleh pembangkang termausk mkini... Soalan mudah, penganjur telah menjemput DS Zahid untuk memberikan hadiah kepada ramai pemenang pada malam itu, takkanlah bila sampai turn mkini menang, DS Zahid tak nak bagi? Apa masalahnya DS Zahid sampaikan hadiah kepada pemenang yang telah ditentukan oleh pengundi dan juga juri...? 

Menyampaikan hadiah kepada mkini seperti yang diputuskan oleh penganjur jelas menujukkan DS Zahid seorang pemimpin yang berjiwa besar kerana walaupun mkini sering memutar belitkan kata-katanya demi kepentingan akhbar itu sendiri... Perlu diingat kemenangan sebagai 'Online Media Terbaik' bukan bererti mkini tidak puter belit @ spin berita kerana ini adalah soal lain, kemenangan mkini hanya lebih kepada proses penyampaian kepada pembaca... Jadinya, soal ketelusan, integriti tidak termasuk sama sekali dalam menentukan kemenangan bagi kategori tersebut... Justeru, mkini jangan perasan...

Apa yang menariknya, DS Zahid juga ada menyebut dalam kenyataannya bahawa

 “Media baru memberikan kebebasan, ketelusan dan tidak berat sebelah untuk orang ramai menyuarakan pandangan mereka mengenai agenda politik semasa negara, sama ada pemimpin melakukan perkara yang betul atau adakah rakyat perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan hasil yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga mengajak pengguna media sosial untuk menegakkan kebenaran dan bertanggungjawab dalam posting-posting mereka dalam talian.

“Jadilah orang yang benar dengan berani menyuarakan apa yang salah, tetapi juga bertindak baik dengan menawarkan penyelesaian yang baik kepada isu-isu yang memerlukan penyelesaian,” kata Ahmad Zahid... -sumber

DS Zahid tidak berdiam dalam soal ini, berdasarkan pemerhatian dan keadaan semasa jomo yakin, kenyataan tersebut pasti ada hubung kait dengan mkini... Sepatutnya mkini sedar dan insaf akan kenyataan tersebut, tetapi, tanpa segan silu terus-menerus spin isu dan berat sebelah... tak caya? nak tahu bagai mana mereka memanipulasi? Baca artikel ini rujuk 

Aku percaya pemimpin yang berjiwa besar, profesional macam DS Zahid Hamidi pastinya akan mendapat perlindungan daripada yang Maha Kuasa... Saya yakin, kalau hendak ikutkan hati, boleh sahaja beliau malukan mkini pada malam tersebut, tetapi, beliau bukan seorang yang begitu... Inilah nilai-nilai seorang pemimpin yang perlu dicontohi...

Jomo: ada diantara kita ini lebih suka bercakap mengenai perkara-perkara kecil sehingga melupakan perkara-perkara besar yang pada akhirnya memperlihatkan kejumudan kita dalam berfikir!

Teruskan berjuang DS Zahid Hamidi!

1 comment: